Saturday, 15 February 2020

TASIK CERMIN, IPOH

Mendengar pada namanya sahaja kita sudah dapat mengagak; ada sesuatu persamaan dengan skymirror di Kuala Selangor.Memang benar, hakikatnya kita dapat melihat imej yang sama seperti cermin di tasik ini.Untuk berkunjung ke sini kira-kira 6 km dari Bandaraya Ipoh.Jika menggunakan Waze anda akan berasa mudah untuk sampai ke sini.
 Tiada tiket masuk dikenakan, namun anda perlu membayar RM5.00 untuk parkir di tanah persendirian berhampiran kawasan tasik.Perlu berjalan kaki kira-kira 400 meter sebelum melalui satu pintu terowong.

Terowong buatan manusia sejauh 100 meter, gelap dan sunyi untuk menyampaikan ke Tasik Cermin.Dinasihatkan jangan pergi bersendirian.
Bagaimana pun tiada haiwan berbisa dijumpai di sepanjang terowong ini.Alhamdulillah

Tempat berehat disediakan, berehatlah dulu setelah kepenatan berjalan.Inilah keluarga Atuk yang ikut serta.Maaf, foto Atuk tiada..Atuk kan jurufoto.
Tenang dengan airnya yang menghijau.
Lereng bukit yang kelihatan kukuh dan menakjubkan.Subhanallah.

Air tasik tidak tenang dek cuaca berangin, imej cermin tak dapat dihasilkan dengan baik


Nah lihat imej seperti cermin.Jika air tenang tentu lebih jelas.
Warga Kanada ini sungguh berani menaiki rakit kecil tanpa langkah-langkah keselamatan.Sungguh berbahaya tindakan beliau ini.

Ada banyak tumbuhan liar tumbuh di lereng bukit sebelum terowong.Atuk mula tertarik untuk mengetahuinya.
Inilah tumbuhan liar itu dilihat pada jarak dekat, tumbuh dengan suburnya.Menurut kata pakcik yang menjaga parkir di sini, pokok ini berguna untuk merawat pesakit kanser.
Dikatakan jika bunganya direbus bersama daunnya dan airnya diminum ianya boleh merawat kanser.Menurut beliau lagi, pokok ini jarang didapati dalam keadaan berbunga dan sukar ditanam di tempat lain.Atuk cuba juga menanamnya dua rumpun tetapi mati juga akhirnya.Innalillahi wainna ilaihi rojiun.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...