Lagi antik lagilah cantik. Begitulah pandangan pelukis apabila berkarya.Rumah ini terletak di Batu 4 Gombak. Kedudukannya di tepi jalan menghala ke Sentul Kuala Lumpur. Rumah ini didiami oleh Encik Mohd Yusof bin Abu Baginda sekeluarga .Beliau dibesarkan di sini sejak dari kecil lagi.Ini adalah rumah pusaka peninggalan Almarhumah bonda Encik Mohd Yusof.
Masih mengekalkan ciri-ciri lama iaitu bertiang banyak
Sekumpulan pelukis telah hadir ke sini dan menghasilkan karya lukisan masing-masing.Bandingkan gambar ini dengan lukisan di bawah
Inilah salah satu hasil seni pencinta alam yang diungkapkan melalui lukisan
Tangga batu
Rumah ini diubahsuai dengan binaan konkrit.
Sekumpulan pelukis telah berkunjung ke sini dan mengabadikannya dalam bentuk lukisan cat air.
Kelihatan indah dan nostalgik.