Wednesday, 18 February 2015

KEROPOK LEKOR BUKIT TOK BEH

Keropok lekor memang sudah terkenal di pantai timur Malaysia.Kami sempat melawat salah sebuah tempat memproses keropok lekor di Bukit Tok Beh tidak jauh dari Seberang Takir Terengganu iaitu Keropok Lekor BTB 2209.

Seperti biasa bahan yang digunakan adalah tepung sagu, isi ikan kembung atau ikan selayang,garam secukup rasa ,air dan serbuk perasa Kuantiti ikan juga mempengaruhi rasa keropok ikan.

Setelah diuli dan sebati adunan dibentul seperti ini


Kilang Keropok Lekor Bukit Tok Beh 2209 terkenal di seluruh Malaysia.



Adunan direbus selama 15 minit hingga masak.



Masih mengekalkan bahan api kayu api

Pada hari minggu pengunjung lebih ramai dan terpaksa diberkan nombor giliran.



PERUSAHAAN KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU

Perusahaan tembaga Terengganu sudah lama dikenali dari dahulu kerana keaslian dan kualitinya. Namun pengusaha tembaga sudah mula berkurangan dan pasarannya terhad memandang persaingan barangan tembaga dari India yang lebih murah.

Tanah liat untuk dijadikan acuan


Acuan yang sudah siap untuk diguna

 

Di dalam acuan ini sudah ada tembaga pejal, hanyamenanti untuk dipecahkan acuannya.


 Setelah dipecahkan acuan, inilah hasilnya barangan tembaga tersebut
 
Barangan tembaga Terengganu bersaiz kecil atau replika sahaja yang mendapat sambutan hangat untuk dijadikan hadiah atau cenderahati.

Monday, 9 February 2015

MASJID TERAPUNG TENGKU TENGAH ZAHARAH

Masjid ini terletak 4 kilometer dari bandar Kuala Terengganu didirikan di atas air
muara Sungai Ibai. Pembinaan masjid ini bermula tahun 1991 dan siap pada tahun 1994 dengan kos RM6.9 juta .Ia merupakan masjid terapung yang pertama didirikan di Malaysia.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...