Tuesday, 28 January 2020

ISTANA PAGARUYUNG

Istana Basa atau lebih dikenali sebagai Istana Pagaruyung telah dibangunkan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1930, 1968 dan 2007.Kemusnahan pada tahun 1966 dan 2007 adalah disebabkan kebakaran.Sementara kemusnahan pada tahun 1930 adalah disebabkan peperangan.

Replika hidangan untuk santapan di raja

Ruang istana dilihat dari tingkat atas.Dikatakan bangunan ini dibina tanpa menggunakan paku sebaliknya menggunakan pasak kayu.Tiang seri kelihatan besar dan kukuh.

Ukiran yang cantik terdapat di mana mana saja ruang istana ini.
Bahagian atas istana

Atap bumbung yang diperbuat dari daun enau.Makin lama atap ini akan berlumut dan dapat mengukuhkan struktur bumbung.
Bumbung bahagian dapur
Kepuk padi...lihat, tiada tangga

 Laluan ke arah dapur
 Dapur kayu


 Sebahagian peralatan dapur




 Bakul daripada pandan dan mengkuang
 Dinding bahagian belakang istana diperbuat dari anyaman buluh

Jika malas nak berjalan, naiklah kenderaan ini dengan sedikit bayaran iaitu 15 000 rupiah atau RM5 .


Thursday, 23 January 2020

KAMPUNG MORTEN MELAKA

Kampung Morten Melaka sudah tidak asing lagi di Bandaraya Bersejarah Melaka.Ia banyak menyimpan khazanah warisan negara dalam bentuk senibina tradisional Melayu iaitu rumah Melaka.Kedudukannya amat strategik terletak di zon pelancongan negeri Melaka.Berterima kasihlah kita atas usaha kerajaan sebelum ini yang memulihara dan menaiktaraf kampung ini hingga dapat dikenali ramai.Kali ini Atuk melawat pada waktu malam.Subhanallah...sungguh cantik rupanya.Tidak sangka asalnya tempat ini dahulu adalah kawasan paya bakau dan nipah.
Mercu tanda Kampung Morten.

 Tidak perlu pergi jauh-jauh untuk melihat rumah tradisonal memadai dengan berkunjung di sini.Tidak jauh dari sini ada Jonker Walk, Muzium Samudera,Muzium Kastam,Muzium Tentera Laut dan banyak lagi.
 Deretan rumah yang kelihatan tersusun dan cantik dipandang mata.Kita boleh parkir secara percuma di tepi jalan sepanjang tebing sungai walaupun di malam minggu.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup kerana memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah.Nama kampung ini diambil sempena nama Frederick Joseph Morten iaitu Pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920an.
 
 Salah satu rumah yang tercantik di sini :penuh dengan barang-barang antik menjadi hiasan luaran.Lebih kurang 50 buah rumah di kampung ini yang mana penghuninya adalah orang Melayu.

Halaman rumah seperti sebuah taman layaknya.
Replika rumah Melaka yang terletak di halaman rumah.

Antara beberapa rumah yang tercantik...tidak melepaskan peluang cucu Atuk bergambar di sini.

 Salah satu rumah tradisional yang kini dijadikan muzium : Villa Sentosa .Ia telah dibina oleh Tuan Haji Hashim bin Dato'Demang Hj Abdul Ghani pada tahun 1920.Kini diubahsuai menjadi muzium persendirian.

 Pada waktu malam Jambatan Kampung Morten dilimpahi lampu berwarna-warni yang ditukar pencahayaannya beberapa saat berlangsung.Ada banyak lagi jambatan seperti ini di sepanjang Sungai Melaka dan dinamai dengan nama tertentu.

Berehat di tangga Jambatan Kampung Morten.
Kampung Morten adalah kampung tradisonal namun banyak bangunan tinggi di sekelilingnya.Sungguh mencabar penghidupan di sini.

Sesekali muncul feri River Cruise menyusuri Sungai Melaka.

Banyak tempat duduk disediakan disepanjang tebing Sungai Melaka ini .Boleh beristirahat dan menikmati tiupan angin malam dan sinaran lampu berwarna-warni.

Kampung Morten diberi nama,
Sungguhlah cantik seindah rupa;
Di malam hari lampu bercahaya,
Udara nan nyaman tenangkan jiwa.


Wednesday, 15 January 2020

GREENHOUSE LEZATTA PAYAKUMBUH ,BUKIT TINGGI

Pada awalnya Green House Lezatta adalah satu tempat tapak semaian biasa yang kemudian berkembangbiak menjadi satu kawasan pelancongan dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan berkonsep agrotourism.

Tempat ini mampu menarik antara 600 hingga 700 orang pelancong setiap hari.

Suatu lokasi yang cukup cantik untuk bergambar
Replika rumah gadang



Kasut terpakai dijadikan bekas tanaman pokok



Replika kincir air
Pintu gerbang yang sangat menarik

Pedati

Rumah burung


 Rumah Horbit seakan akan di desa New Zealand

Jika ingin membeli belah, singgahlah di gerai cenderahati
 Cenderahati harya seni

Barang antik pun dijual

 Tiket masuk cuma 15 000 rupiah sahaja untuk dewasa (kira-kira RM5.00).Murah kan
 Rumah terbalik
Barbie house

 Tumbuhan yang subur dan segar hidup di sini

Antara beberapa sudut yang menarik perhatian

 Pokok bunga ati-ati warna merah dan kuning sangat subur dan cantik

Koleksi kaktus dan sukulen juga terdapat di sini.Green House Lezatta ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang terletak di Km 9.5 Jalan Raya Bukit Tinggi-Payakumbuh,Desa Koto Hilalang,Kecamatan Ampek Angkek Canduang.Kabupaten Agam Sumatera Barat...wow jenuh menyebutnya.Serahkan pada pemandu pelancong untuk mencarinya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...