Wednesday, 21 November 2018

PROJEK DIY 2 : KERETA SORONG

 Kayu pallet atau papan terpakai dan kayu beruti jangan dibuang atau dibakar.Kumpulkan dahulu dan setelah cukup bahannya boleh kita buat kereta sorong.Mudah sahaja membuatnya
  Cantumkan kayu pallet pada kayu beruti untuk dijadikan dasar kereta sorong.Gunakan paku satu setengah inci.
Dipasangkan empat roda
Alhamdulillah sudah siap dipasang pemegang kereta sorong.Eloklah menggunakan skru 2 inci supaya kukuh dan tidak mudah tanggal.
Boleh dicuba sekarang.
Sorong cucu keliling halaman rumah.Tentu seronok.Maaf jika penerangan cara membuatnya kurang jelas dan tidak difahami kerana Atuk tak pandai membuat videoclip.
 Lagi ramai cucu....lagilah seronok



Wednesday, 7 November 2018

PROJEK DIY 1 : TEMBOK MARMAR

Jika ada lebihan marmar dari projek perumahan, janganlah dibuang begitu sahaja. Pada awal tahun 90an harga sekaki persegi marmar adalah RM4.00.Sekarang ni dah tentulah berkali ganda harganya sebab sudah 28 tahun berlalu.Suatu hari Atuk dapati banyak serpihan marmar di rumah anak Atuk di batu Belah, Klang.Serpihan itu bercampur dengan batu dan pasir terpakai yang digunakan oleh anak Atuk untuk ditabur dihalaman dan jalan ke rumahnya.
Banyak juga serpihan yang telah Atuk kumpulkan dan ada di antaranya kepingan marmar yang besar dan masih elok.Oleh kerana Atuk tahu yang marmar tu berharga, lalu Atuk minta dari anak untuk mengambilnya dan dibawa pulang ke kampung.Oleh kerana berat, Atuk angkut marmar itu berulangkali dari Klang ke Sabak Bernam.
Lihatlah apa yang telah Atuk buat dengan marmar tersebut.Ini adalah hasil pertama Atuk walaupun tak seberapa sempurna tetapi kelihatan vintage.
Yang ini pula hasil yang kedua dibuat secara berperingkat.Bunganya pun dah subur

Berikut hasil yang ketiga dalam proses pembuatan. Ia dimulai dengan mengikat 
batu bata sebagai tembok
Peralatan yang diguna sungguh simple: pelepa simin,tukul untuk memecah marmar , besen ayan(digunakan orang dulu-dulu sahaja)dan penapis pasir.
Bancuh saja simen dalam besen lebih mudah dan tidak membazir
 Batu bata yang telah siap diikat dengan simin (pandangan dari depan)


Tampal kepingan marmar menggunakan bancuhan simin yang tidak terlalu basah pada dinding batu bata.Terlalu comot, bersabar jer lah.
Lega sedikit, nampak hasil yang dibuat walaupun lambat maklumlah Atuk dah warga emas...

Siap sudah projek Atuk..selepas ini menanam pokok bunga pula.
 Setelah dibasuh dan diberus , beginilah keadaannya.
Puas rasanya nampak bercahaya.



NASI COWBOY

Ini adalah kali kedua Atuk berkunjung ke sini.Lokasinya di Port Dickson.Kali pertama kunjungan adalah pada hujung minggu dan terlalu ramai pelanggan dan tidak berkesempatan Atuk mengambil gambar.
 Kali ini Atuk hadir pada hari Isnin di mana pengunjungnya kurang ramai dan sempatlah Atuk mengambil foto di mana jua Atuk kehendaki.

 Lihatlah betapa lengangnya jika bukan hari minggu
 Sesuai dengan dengan temanya comboy

 Tema Red Indian pulak

 Rangka kepala dan tanduk kerbau yang usang, mencacatkan pemandangan
 Replika gitar unik

 Disediakan surau untuk pengunjung solat tetapi pengusaha premis tiada kesungguhan menguruskannya.
 Tidak sesuai memelihara burung berhampiran premis makanan.Debu-bebu najis burung yang berterbangan (terutama merpati) mengandungi virus yang mengancam kesihatan pengunjung.
 Jelas kelihatan najis burung pada tempurung

 Menu yang terhad dan menggunakan bekas polisterin

 Atuk hanya mampu memberi taraf dua bintang sahaja kepada premis ini kerana harga makanan yang sederhana , kemudahan parkir yang luas dan dekorasi yang menarik di beberapa tempat sahaja.
Sungguhpun pengunjung begitu ramai namun mengikut pemerhatian Atuk ada beberapa kelemahan perlu diambilkira;
1. Menu terhad setakat nasi putih, ayam panggang dan tumis kangkung
2. Sos ayam panggang terlalu pekat kerana terlalu banyak tepung jagung
3.Menggunakan pinggan dan gelas polisterin.
4.Premis makanan tak perlu taman haiwan jika perlu pun sediakan akuarium atau kolam ikan.
 Maaf zahir batin jika pandangan Atuk ini tidak bersesuaian dan menyinggung pengusaha.Sebenarnya Atuk memang suka pengusaha bumiputera berjaya, tetapi biarlah bersungguh-sungguh agar pelanggan berpuashati.

Thursday, 1 November 2018

PUSAT IKAN HIASAN PORT DICKSON

Sudah banyak pusat hidupan marin yang Atuk kunjungi.Walaupun ia tidak sehebat Aquaria di KLCC dan Underwater World Langkawi namun ia mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Aquaria dan Underwater World memerlukan kos yang tinggi untuk melawatnya.

Bagi Atuk ia setara dengan Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang cuma di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini tidak dikenakan sebarang bayaran.Faktor ini adalah salah satu daya tarikan pelancong yang baru di Port Dickson.
Pusat ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan  jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.Lokasinya di Jalan Kemang 8,Kampung Baharu,71050 Teluk Kemang. 

Baby shark boleh hidup bersama dengan belangkas

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kawasan pembiakan dan asuhan, galeri pameran, makmal penyelidikan,sistem bekalan dan rawatan air (air masin)

Ikan Depu
Sungguhpun cantik tapi ia berbisa.Jangan cuba-cuba menyentuhnya.

Zebra Eel
Sejenis belut yang nampak cantik tapi menakutkan.

 Ikan Badut (Clown Fish)
Yang ini paling Atuk suka.Comel walaupun sangat kecil berukuran kira-kira 2.5 cm.
Udang Kara (Lobster)

 Ikan Buntal
Tatkala tenang, badannya tidak mengembang bulat
Ikan Puru
Kelihatan seperti batu karang, penyamaran yang terbaik untuk menangkap mangsa
Kuda Laut

Sebenarnya pusat ini adalah tempat penggalakan pembiakan ikan hiasan, kuda laut dan batu karang
Batu karang dan hidupan laut membesar dalam makmal ini, sungguh mengkagumkan.


Penyu Karah
Pembiakan penyu juga ada dijalankan di pusat ini iaitu dari jenis penyu karah dan penyu agar.
Penyu Agar

 Tempat pembiakan penyu mendapat telur penyu dari kawasan sekitar pantai di Negeri Sembilan dan Melaka.


Sebagai kenangan anda bolehlah berswafoto di sini.

Ikan hiasan cantik sekali
Teluk Kemang di situ lokasi
Tak jemu pergi sekali
Ramai-ramai bawa famili.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...