Masjid yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menarik ini telah dibina pada tahun 1932. Ia dirasmiikan oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada tahun 1934. Dahulu ia dikenali sebagai Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahmah dan pernah dijadikan masjid negeri sehinggakan khutbah Jumaatnya disiarkan di televisyen.
Pandangan kubah dari sebelah dalam masjid
Mimbar yang besar dan luas
Hiasan dinding dari bahagian dalam masjid kelihatan sungguh menarik
Serambi Masjid ini adalah terdiri dari struktur pengubahsuaian masjid bagi menampung bilangan jemaah yang bertambah.
Laluan ke pintu utama
Kolah / tempat wuduk lelaki
Masjid ini sekarang dijadikan Masjid Di Raja Klang setelah Masjid Negeri yang baru di Shah Alam siap dibina.
Menampakkan keunikan tersendiri
Pintu Utama Masjid
Pintu Gerbang Makam DiRaja Klang
Makam Di Raja terletak di sebelah kiri perkarangan masjid ni menempatkan pemakaman jenazah Raja-raja,isteri-isteri Di Raja di samping kerabat terdekat Di Raja.
Lampu hiasan unik berhampiran tempat parkir kereta
Deretan lampu hiasan berwarna hitam
Masjid ini terletak di Jalan Kota Raja Klang dan anda akan menjumpai pintu gerbang ini nanti.
Masjid bukan setakat dilawati , beribadatlah di sana memohon keberkatan dari Ilahi. Subhanallah.