Monday, 30 October 2017

MUZIUM DIRAJA NEGERI PERAK

Muzium DiRaja Negeri Perak dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan,Istana Lembah atau Istana Tepas.Istana ini dibina pada tahun 1926 oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya.Mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Istana ini dibina atas titah Baginda Sultan Iskandar Shah (Marhum Kaddasallah) sebagai tempat bersemayam sementara disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara.Baginda bersemayam di Istana Kenangan ini pada tahun 1931 hingga 1933.Setelah baginda
 berpindah ke Istana Iskandariah, istana ini dijadikan Istana Tetamu
 terutama di hari perayaan diraja.

Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan ini melambangkan senibina Melayu Trasisonal yang mengkagumkan.Pembinaan bangunan menggunakan kayu jenis keras berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan jenis belian.Paku tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.Ia dihiasi dengan ukiran Melayu yang menarik menggunakan tepas yang dianyam dengan corak Melayu Tradisonal.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya.Bahagian tengah atas bangunan ditempatkan singgahsana.Tingkat bawah bangunan ini dijadikan pejabat rasmi Baginda, di mana ianya mempunyai lantai simen dan
dikelilinginya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960an setelah diperbaiki dengan usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra; Perdana Menteri Malaysia Pertama.Istana Kenangan diduduki oleh kerabat diraja Perak sehingga 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah bekenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986 istana ini dijadikan Muzium DiRaja di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.Pada 16 November 1986 Muzium DiRaja Perak telah dirasmikan oleh
DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Kini bangunan ini ditutup untuk pameran kepada orang ramai dan dijangka dibuka semula pada tahun 2019 setelah pengubahsuaian bangunan ini siap.

Sunday, 29 October 2017

TAHUN MELAWAT PERAK: KUALA KANGSAR

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan mengisytiharkan tahun 2017 sebagai Tahun Melawat Perak. Negeri Atuk (Selangor) yang berkedudukan bersebelahan negeri Perak tidak banyak perbezaan sosiobudayanya. Secara kebetulan Atuk dan keluarga memang merancang untuk melawat Kuala Kangsar: lebih dari dua kali kunjungan.

Di Kampung Sayong memang terkenal dengan perusahaan labunya.Rugi kalau tidak singgah di sini kerana harganya amat berpatutan berbanding harga di Bandar Kuala Kangsar atau tempat lain.
Atuk berkesempatan melihat demo penghasilan labu cara tradisional.Murid-murid sekolah dibenar mencuba menghasilkannya.
Inovasi terbaru: bekas air yang mempunyai pili.Seunit harganya dalam lingkungan RM40 sahaja.Cantik dan unik.
Jika ingin melihat koleksi barangan Almarhum Tuanku Azlan Shah, datanglah ke Galeri Sultan Azlan Shah.Semua koleksi baginda terpamer di sini tetapi kita dilarang mengambil foto di dalam bangunan ini.
Labu Sayong menjadi ikon kolam air pancut di galeri ini.

Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah Masjid Ubudiah ini.Terletak di atas bukit dan banyak bahan binaannya didatangkan dari luar negara

Muzium DiRaja Negeri Perak (Istana Kenangan) ini pula sedang dibaikpulih dan dijangka siap pada tahun 2019.
Berhampiran bulatan Bandar DiRaja Kuala Kangsar ini anda akan dapat melihat lukisan-lukisan mural ini terpampang di dinding bangunan kedai.

Mural gajah pun ada


Lukisan mural wajah perempuan tionghua.

Kuala Kangsar Bandar DiRaja,
Tempat bersemayam Sultan dan kerabatnya;
Labu Sayong terkenal indahnya,
Durian dan laksa memang lagenda.

Wednesday, 25 October 2017

PINTU GERBANG SANTIAGO, KOTA A FAMOSA

Pintu Gerbang Santiago adalah salah satu dari empat pintu masuk ke Kota A Famosa.Tentera Portugis diketuai Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511 telah membina kota pertahanan ini pada tahun1512 yang sering diserang oleh pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah dan seterusnya oleh Acheh dan Johor selama lebih seabad lamanya.
Pemerintah Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kota selebar tiga meter mengelilingi Bukit Melaka dengan menggunakan sisa runtuhan istana,masjid dan makam-makam.Sebuah menara tinjau setinggi 40 meter didirikan di penjuru tembok barat kota pertahanan ini.


Pada tahun 1795 British telah merancang untuk memusnahkan kota ini kerana dikhuatiri akan diguna semula apabila Melaka diserah kepada Belanda.Pada tahun 1807 William Farquhar Residen British di Melaka telah mengarahkan untuk meletupkan kota ini dengan menggunakan ubat bedil.

Walaubagaimana pun Sir Stanford Raffles dan Lord Minto menghalang kota ini dimusnahkan.Namun sudah terlambat, hanya pintu gerbang Santiago dan beberapa buah rumah dan gereja disekelilingnya dapat diselamatkan.Mengikut fakta sejarah A Famosa adalah antara bangunan Eropah tertua di seluruh Asia.

Batu batan besar berwarna merah digunakan untuk membuat dinding kota

Lantai bahagian dalam pintu kota Santiago

Sukar dipercayai struktur batu merah ini masih kukuh walaupun sudah berusia beratus tahun.


Apabila Belanda mengambil alih peperintahan Portugis di Melaka pada 1641mereka telah membaiki dan menambah besar kota ini yang dibina oleh Portugis dan mengukir jata VOC (Verenigde Oostindische Compagnie) pada pintu gerbangnya beserta dengan inskripsi 'ANNO 1670' menandakan tahun ia siap dibina.

Di atas bukit bahagian belakang pintu Gerbang Santiago terdapat tinggalan gereja St. Paul yang berusia beratus tahun kesan penjajahan Portugis di Melaka. Walaubagai mana pun Atuk sebenarnya kurang berminat untuk mengkaji gereja tersebut.


Wednesday, 11 October 2017

JONKER WALK MELAKA

Jonker Walk Melaka ini diujudkan sejak 1990 lagi yang bertujuan untuk mengkhususkan laluan merentasi bangunan-bangunan kedai yang bersejarah dengan dagangan berupa kraftangan, barang antik dan kesenian Baba dan Nyonya.Ia terletak di Jalan Hang Jebat.


 Pintu gerbang ini dibina pada tahun 2010 ini tidak melambangkan tarikh permulaan Jonker Walk dibuka.Jonker Walk sebenarnya bermaksud Pesiaran Jonker.Dulunya Jonker Street atau Jalan Jonker.
Pasar malam Jonker Walk dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam kecuali gerai makanan beroperasi hingga larut malam.Laluan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan.
 Mempromosikan produk kopi 

 Di tengah-tengah Jonker Walk ini didirikan pentas khas untuk persembahan kebudayaan tetapi pada malam foto ini diambil hanya terdapat persembahan karaoke.Kebanyakan penonton dan penyanyi karaoke ini adalah warga emas berbangsa Tionghua.

Alat permainan yang inovatif pun ada dijual .Ini adalah Alien vs Predator.

 Terompah ini dijual pada harga RM18.00 sepasang.Sungguh murah dan 
berpatutan harganya.Namun pengemar kasut jenis ini sudah mulai berkurangan.

 Koleksi tembikar

 Ini bukan terompah sebenar. Ia adalah replika terompah bersaiz kecil untuk perhiasan bermagnet.

 Bagi penggemar barang antik terutama wang kertas lama dan poskad, di sinilah anda boleh mendapatkannya.Untuk melihat banyak lebih banyak barangan antik yang murah, datanglah pada siang hari.Pasti tak menghampakan.

Parkir di sini sukar diperolehi jika lambat berkunjung.Parkir persendirian banyak didapati di sini dengan kadar bayaran RM5.00 .Tidak berbaloi meletakkan kereta di parkir persendirian jika hajat anda berkunjung di sini semata-mata untuk mencuci mata sahaja.

Monday, 11 September 2017

HOBI NENDA SAUDARA ATUK

Nenda saudara Atuk: Hajah Asmah binti Kasmijan (berjubah hitam ) kini berusia 83 tahun.Di usia senja ini nenda masih mempunyai daya ingatan yang kuat dan bertenaga.Masih boleh berjalan sendiri walaupun bertongkat...jika berjalan jauh perlu juga berkerusi roda.Ternyata walaupun sudah berumur nenda
mempunyai minat tersendiri yang dijadikan hobi sejak beliau masih muda.
Inilah hobi nenda iaitu menanam dan menjagai kaktus dan succulent.Tumbuhan ini dibelai dan diletakkan di anjung bersebelahan ruang tamu rumah nenda.
Kebanyakan kaktus dan succulent ini nenda dibiakkan oleh nenda sendiri dan dibantu pembantu rumah.

Kaktus kelihatan subur dan membesar .Mungkin dengan cara begini nenda tidaklah berasa bosan berada di rumah setelah kematian suami.Semoga nenda sihat walafiat dan sentiasa dirahmati Allah.Amin. 
Walaupun jarang Atuk singgah ke rumah nenda namun nenda Hajah Asmah tetap dalam ingatan .Di zaman persekolahan rendah dan menengah Atuk memetik hasil koko dan kopi di kebun nenda di Kampung Sungai Air Tawar untuk perbelanjaan sekolah.Jasa nenda tetap ku kenang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...