Nenda saudara Atuk: Hajah Asmah binti Kasmijan (berjubah hitam ) kini berusia 83 tahun.Di usia senja ini nenda masih mempunyai daya ingatan yang kuat dan bertenaga.Masih boleh berjalan sendiri walaupun bertongkat...jika berjalan jauh perlu juga berkerusi roda.Ternyata walaupun sudah berumur nenda
mempunyai minat tersendiri yang dijadikan hobi sejak beliau masih muda.
Inilah hobi nenda iaitu menanam dan menjagai kaktus dan succulent.Tumbuhan ini dibelai dan diletakkan di anjung bersebelahan ruang tamu rumah nenda.
Kebanyakan kaktus dan succulent ini nenda dibiakkan oleh nenda sendiri dan dibantu pembantu rumah.
Kaktus kelihatan subur dan membesar .Mungkin dengan cara begini nenda tidaklah berasa bosan berada di rumah setelah kematian suami.Semoga nenda sihat walafiat dan sentiasa dirahmati Allah.Amin.
Walaupun jarang Atuk singgah ke rumah nenda namun nenda Hajah Asmah tetap dalam ingatan .Di zaman persekolahan rendah dan menengah Atuk memetik hasil koko dan kopi di kebun nenda di Kampung Sungai Air Tawar untuk perbelanjaan sekolah.Jasa nenda tetap ku kenang.