Sun Pavilion ini adalah sebahagian konsep taman yang terdapat di Marina Bay Garden, Singapore.Jika kita masuk ke taman ini seolah kita berada di kawasan tanah gurun yang ditumbuhi pokok kaktus dan yang hampir sejenisnya dengannya.
Pokok kaktus yang tingginya lebih tiga meter ini diberi sokongan logam agar stabil dan tidak tumbang
Antara beberapa jenis kaktus yang subur
Nampak cantik tapi sayangnya ia berduri
Sebelum ke Sun Pavilion, kita akan melalui taman ini dahulu.Susunan dan kreativiti lanskapnya amat menarik perhatian pengunjung.
Subur dicelah-celah kayu nan reput
Beberapa koleksi bromeliad dan tumbuhan lain ditanam secara vertical.
Hidup bersama...konsep tanaman pelbagai jenis bunga dan tumbuhan hiasan.
Simple tapi menarik...gabungan palma dengan coledion
Tidak terlintas bahawa kokok nanas juga boleh dijadikan lanskap taman.
Seakan pokok tetulang, setelah merimbun barulah cantik dipandang.
Seharian ke taman bunga,
Marina Bay Garden di Singapura;
Pelbagai tumbuhan aneka rupa,
Puas menatap tidak kecewa.