Atuk dilahirkan di kampung ini 56 tahun yang lalu.Kampung ini mempunyai keistimewaan dan sejarahnya sendiri.Kampung ini tidak mungkin luput dari ingatan walaupun sudah 23 tahun Atuk tidak menetap di situ .Kini Atuk tinggal di pekan Sabak.Untuk melepaskan rindu, ziarahlah jawapannya.
Di sinilah teratak tempat Atuk dilahirkan pada tanggal 12 Mac 1957
Masjik Jamik Rohaniah Kampung Sungai Air Tawar
Balai Polis Sungai Air Tawar merupakan balai polis yang tertua di Sabak Bernam. Binaan pondok menunggunya sungguh istimewa kerana berbentuk topi polis.
Pejabat Pos Malaysia
Deretan kedai usang
Salah sebuah kedai yang masih kekal beroperasi
Meriam batang kelapa yang dihasilkan oleh pemuda-pemuda Sungai Air Tawar. Ia dimainkan apabila menjelangnya sambutan hari raya hampir setiap tahun.
Pisang tanduk: antara varieti pisang yang masih bertahan dari serangan penyakit di kampung ini.
Buah manggis ini dipetik dari pokok yang terdapat di sebelah rumah ayahanda Atuk.
Buah kuinin adalah buah tempatan yang paling Atuk gemari.Aromanya yang wangi menambat hati siapa yang menghidunya. Di belakang rumah ayahanda Atuk terdapat sepohon kuinin yang saban tahun berbuah dengan lebatnya.
Di rumah inilah Atuk dinikahkan pada 8 Ogos 1983.Rumah ini adalah rumah datuk kepada isteri Atuk yang terletak 1.5 km dari rumah ayahanda Atuk.Kini rumah ini telah dirobohkan dan didirikan di tempat lain yang tidak berapa jauh dari situ..
Atuk sayang kampung ini.Kadang-kadang ada aktiviti berkayak untuk kanak-kanak seperti dalam foto.
Lokasi berkayak itu tidak jauh dari kunci air ini
Bersebelahan kunci air terdapat pusat meteorologi
Di hadapan kunci air menghala ke Sungai Bernam ada jeti pengkalan nelayan.Kelihatan usang tetapi nostalgik.
Jeti Kilang Sabut yang menghubungkan Sungai Air Tawar dengan Hutan Melintang masih kukuh
Inilah feri kecil yang boleh memuatkan penumpang dan juga motosikal, masih kekal ke hari ini.
Air keruh tempat berenang, ikan gelama ikan senangin
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain.
No comments:
Post a Comment