Wednesday, 14 September 2016

PEMANDANGAN TIOMAN

Pandangan kali pertama kekadang boleh memukau kita.Ada beberapa pemandangan menarik untuk dikongsi bersama.Tak kenal maka tak cinta.



Sekitar Pulau Renggis

 Taman Laut Tioman

 Tandas pun berhias mural yang indah


 Replika kerang di Taman Laut

 Pantai Taman Laut sesuai untuk perkelahan...airnya sangat jernih

 Laluan mengelilingi pulau dari Taman Laut ke Kg Air Batang

Jeti Taman Laut

 Papan tanda tunjuk arah...lihat langit yang membiru menunjuk cuaca cerah dan panas

 Mural pada dinding tandas

Matahari terbenam...pandangan dari Kampung Genting


Indahnya alam Pulau Tioman,
Wujudnya di Laut China Selatan,
Terkenal sebagai tempat pelancongan,
Negeri Pahang empunya jajahan.





MAJLIS PERTUNANGAN ANAK SAUDARA

Majlis pertunangan biasanya dikaitkan dengan barang hantaran.Beberapa jenis barang hantaran yang Atuk minati di majlis ini akan dipaparkan di sini.Ada yang digubah sendiri dan ada juga yang boleh dibeli siap gubah.Semua itu bergantung kepada kemampuan keluarga masing-masing, asalkan tidak membazir.
 Sirih mudah didapati di kampung-kampung maka tak perlu beli.

Gabungan buah-buahan tempatan dan luar negeri 
menjadikan gubahan berwarna-warni dan lebih harmoni
 Pelita hatiku....di bawah pelita ada seri kaya dalam tin,berhias ropol hijau.

 Jeli dalam bekas plastik berbentuk pisang...boleh didapati di kedai aksesori pengantin

 Menampakkan sedikit kemewahan

Bahulu trasisional berbentuk ikan...cantik disusun dalam bekas lutsinar.

 Makanan kegemaran orang sekarang

Jeli berbentuk anggur / buah beri.

Sirih junjung warisan budaya,
Buat hantaran teruna dara,
Diubah suai mengikut suka,
Lambang cinta dua remaja.


Thursday, 8 September 2016

MARINA TIOMAN

Marina di Tioman ini lebih kecil jika dibandingkan dengan marina lain seperti Marina Langkawi dan Marina Air Tawar Lumut.Mungkin ia dipengaruhi faktor geografi di mana PulauTioman lebih terdedah kepada tiupan angin kencang dari Laut China Selatan.Sungguhpun demikian Marina Tioman mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan terletak di perairan dalam.Di sini terdapat jeti kapal layar,sebuah kedai bebas cukai,hospital,kompleks kastam dan sekolah.
 Satu pemandangan yang menarik: tempat kapal layar berlabuh.Kebanyakan perahu layar disini milik warga negara asing.


Feri Blue Water: membawa penumpang ke Jeti Mersing

 Satu keunikan di mana batu karang boleh tumbuh pada
 buritan bot yang berlabuh di sini.SubhanAllah.


Kedai bebas cukai
 Jika dilihat pada harga nampak mahal tapi entahlah...sebab Atuk sendiri pun sudah lama tak berkunjung ke Langkawi untuk membandingkan harganya.

 Yang ini memang mahal berbanding harga di gerai Kampung Genting,Tioman

 Kompleks Kastam

Jeti kapal layar berlabuh.

TIGA HARI DUA MALAM DI TIOMAN

Terima kasih kepada PKNS kerana sudi mempelawa Atuk dan isteri menyertai program hari keluarga di Tioman.Pulau ini diluar jangkaan Atuk melawatinya kerana kedudukannya terlalu jauh dari tempat tinggal Atuk. Memandangkan kenderaan bas disediakan, Atuk setuju mengikutinya.Maklumlah di usia senja ini memandu kereta terlalu lama dan jalan yang bengkang bengkok boleh
 membuatkan kita kurang selesa.
 Isteri dan adik ipar Atuk sedang menunggu feri di jeti Mersing


 Feri yang Atuk naiki bersama deligasi

 Bot membawa pelancong untuk snookling


Bot besar ini pula untuk membawa para scuba menyelam

 Chalet tempat kami menginap berdua

 Untuk sampai ke chalet itu kami tepaksa mendaki cerun bukit ini.
Lenguh juga kepala lutut, tak mengapalah...anggap ini sebagai senaman ringan.

 Pantai-pantai di sini landai dan bersih, airnya pun jernih

Pandangan jeti dari pantai

 Kesibukan terasa di jeti hanya pada waktu waktu tertentu sahaja

 Ikan yang begitu banyak dapat dilihat dari jeti.Anda cuma perlu mencampakkan sedikit cebisan roti, tidak berapa lama kemudian muncullah ikan dengan banyak.Airnya sungguh jernih

 Motosikal roda tiga memang sinonim di sini dan inilah satu-satunya kenderaan berenjin yang didapati di Kampung Genting, Tioman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...