Friday, 8 June 2018

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Muzium Negeri Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu pada masa itu.Kawasan muzium ini meliputi 23.33 hektar dan keluasan tapak lantai kompleks ini ialah 75,075 meter persegi.

Kompeks muzium ini terdiri dari empat blok bangunan utama iaiitu Muzium maritim, lima buah rumah tradisional,Perahu Besar Kemajuan,Perahu Besar Sabar serta kawasan lanskap.

Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah,Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian. Dua galeri di Muzium Maritim ialah galeri Perikanan dan Taman laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Konsep rekabentuk muzium ini diilhamkan oleh Raja Dato Kamarul Bahrin Shah bercirikan rumah tele atau rumah bujang berserambi.Raja Dato Kamarul Bahrin adalah ahli pakar jurubina yang terkenal.Beliau juga merekabentuk Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung).


Untuk memasuki muzium ini anda perlu membayar tiket semurah RM5.00 sahaja.

Tulislah catatan pelawat apabila anda melawat ke sini sebagai kenangan.

Galeri Sejarah

Antara arkib sejarah koleksi keratan akhbar

Fosil

Lanskap yang menawan, sejuk mata memandang





Koleksi Galeri Tekstil
Galeri ini memaparkan sejarah, proses penghasilan, perkembangan serta jenis-jenis tekstil yang dihasilkan seperti songket, limar, batik pelangi, cindai dan sebagainya.

Serat nanas (atas), kapas (kiri) dan sutera(kanan) masih dalam kepompong ulat sutera.

Alat memintal benang
Benang sutera

Contoh kain sutera yang menggunakan pewarna bawang besar


Kain sarung pelangi berwarna ungu dengan corak bertabur

Alat menenun kain serat nanas

Galeri Kraf
Kraftangan yang diperbuat daripada buluh

Tudung saji gergasi
Proses menganyam tudung saji ini mengambil masa 7 hari bermula 21 - 27 Julai 1990 di Pantai batu Buruk Kuala Terengganu .Seramai 10 orang penguasaha anyaman sekitar Kampung Limbong, Paka dan Dungun mengambil bahagian untuk menganyamnya.Bergarispusat 2.25 meter dan ketinggian 0.83 meter.Bahan yang digunakan adalah 10 kg daun sal dan 3.5 kg daun mengkuang.Manakala rangkanya diperbuat dari 30 batang pelepah sagu anggaran 1.5 meter setiap satu dan rotan 31 batang berukuran anggaran 2 meter.Anggaran kos tudung saji ini ialah RM1750.00


Ukiran kayu pada bahagian pintu

Koleksi Galeri Petroleum
Industri petroleum merupakan sumber ekonomi negeri yang paling penting.Anda berpeluang meneroka dan mempelajari tentang sejarah dan perkembangan industri minyak dan gas di Malaysia.








Alat penggerudi petroleum

Mengikut sejarah, medan minyak Dulang adalah medan minyak yang ditemui dan dibangunkan oleh Petronascarigali .Ia terletak 130 km dari pantai Terengganu dan sedalam 76 meter.Operasi dimulakan pada 15 Mac 1991.Setakat ini terdapat 117 telaga di medan Dulang dan 3 buah pelantar satelit yang tidak dikendali manusia ,sebuah pelantar bersepadu/ pelantar pemprosesan dan kemudahan penyimpanan dan pemunggahan terapung.

Replika pelantar minyak dan kapal tangki petroleum


Antara beberapa lukisan yang menarik dipamer di sini

Koleksi Galeri Islam
Galeri ini mempamerkan pelbagai artifak bersejarah yang berkaitan dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu khususnya di Terengganu.






Dipercayai dipunyai oleh To Ku Paloh (Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Al Idrus) yang digunakan sebagai sekatan mengelak dari kerosakan yang disebabkan oleh manusia atau haiwan.


Koleksi Galeri Ilmu Kejadian
Galeri ini memaparkan pelbagai speisis sumber alam yang terdiri dari flora ,fauna,batu batan dan galianyang terdapat di Terengganu serta kepentingannya kepada kehidupan manusia.
Ikan kerapu diawet

Penyu belimbing diawet

Atuk tidak dapat menghabiskan lawatan di sini kerana kesuntukan masa  memandangkan kawasannya sangat luas.Kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk melawat kesemua tempat.InsyaAllah lain kali boleh singgah lagi.

Ini Muzium Negeri Terengganu
Muzium terbesar Asia Tenggara
Peminat sejarah tak kan jemu
Tersimpan koleksi khazanah negara.

Wednesday, 6 June 2018

MASJID SELAT

Semasa berkunjung ke Melaka baru-baru ini Atuk terlihat cenderahati yang tertera foto Masjid Selat.Tidak terlintas kami akan kewujudan masjid ini kerana selama ini kami bersolat di Masjid Al Azim atau masjid sekitarnya yang berada di sepanjang perjalanan kami ke Melaka.
Setelah di google kami pun mencarinya .Rupanya masjid ini agak tersorok kedudukannya tetapi sangat indah kerana kedudukannya menganjur ke laut.

Masjid Selat ini dibina di tengah-tengah pusat perniagaan Bandar Hilir Melaka.Lokasinya menghadap Selat Melaka merupakan mercu tanda baru di negeri ini. Idea ini hadir dari ilham Yang Berhagia Dato Seri Haji Ali bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka pada masa itu.
                            
Ia dibina mulai tahun 2003 dan siap pada tahun 2006.Masjid ini dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 24 November 2006.
Senibinanya bercirikan Melayu dan Arab.Ruang solatnya boleh menampung 1500 jemaah

 

                            
Pandangan dari hadapan masjid

  Dari jauh masjid ini kelihatan comel


Kali lima masjid tempat yang sesuai menghirup udara segar dari laut

Pemandangan yang cantik laut Selat Melaka

Lanskap yang sederhana, kelihatan cantik dan tersusun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...