Thursday, 27 April 2017

TEH BOH CAMERON HIGHLAND

Penanaman teh yang terkenal di Malaysia ialah Tea Boh Plantation.Dua buah ladangnya di Cameron Highland terletak di Ringlet dan Sungai Palas.Teh Boh diasaskan oleh J A Russel.
J A Russel
J.A Rusell berusia 7 tahun ketika menjejakkan kaki ke Malaya pada tahun 1890 bersama-sama bapanya seorang pegawai percetakan bagi kerajaan British,ibu dan empat orang adik beradik lelaki.J.A bermula sebagai pembantu di Strait Trading Company dengan gaji sebanyak $30 sebulan.Namun dalam waktu yang singkat beliau telah menampakkan kecenderungan beliau dalam perniagaan.Menjelang 1927 beliau telah memiliki beberapa perniagaan yang mempunyai pelaburan dalam bijih timah, getah dan hartanah.

 Ladang Teh Boh di Sungai Palas Cameron Highlands


Kejayaan beliau juga termasuklah pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan pembangunan lombong arang batu di Batu Arang.Pada tahun 1929 beliau menyedari bahawa harga teh yang berkualiti tetap kekal sedangkan harga komoditi yang lain jatuh.Inilah yang mendorong beliau untuk membina perniagaan beliau yang paling lama bertahan.J A memperoleh sejalur tanah di ketinggian 5000 kaki dari aras laut dam membuka ladang teh yang pertama di negara ini.Beliau menamakannya BOH.

Mr.Boh merupakan satu ikon TV yang terkenal di tahun 1970an.Kehidupannya bermula dengan satu watak animasi TV dalam kempen iklan Boh dan dalam sekelip mata ia telah menjadi simbol keunikan syarikat yang membezakannya dari jenama teh yang lain.
Sumber teks: Pusat Penerangan Teh Boh Sungai Palas


Antara mesin terawal di kilang Boh Plantation yang sudah tidak digunakan lagi.


Peringkat Memproses Teh


Kilang memproses teh



Pelbagai jenis keluaran Teh Boh





Teh Boh sudah ternama,
Pelbagai perisa keluarannya,
Teh tarik pun enak juga,
Kini terkenal seluruh dunia.


Tuesday, 4 April 2017

HO CHI MINH KIAN MEMBANGUN

Bandaraya Ho Chi Minh lebih dikenali  dengan nama Saigon suatu waktu dahulu.Ia adalah bandaraya terbesar di Vietnam dengan mengatasi ibu negerinya iaitu Hanoi..Penduduk Ho Chi Minh kini seramai sepuluh juta orang.Bagaimana pun bilangan motosikal di sini kini melebihi enam juta biji.Motosikal menjadi kenderaan utama di sini.





 Bulatan di hadapan Pasar Ben Thant sedang diubahsuai.

 Bangunan pencakar langit giat didirikan

Masih terdapat bangunan lama peninggalan penjajah Perancis.


 Pintu gerbang di sepanjang jalan di bandaraya ini ternyata
 unik dan cantik


Monday, 3 April 2017

KEUNIKAN HO CHI MINH

Bersiar-siarlah di sepanjang jalan atau kompleks perniaagaan, sudah tentu akan anda dapati pelbagai budaya dan keistimewaannya realiti hidup ini.
 Basikal atau motosikal ?Sukar untuk mengkategorikannya.Ia menggunakan bateri...tiada di tempat lain

 Penjaja jalanan berusaha mendapatkan rezeki halal

 Kopi dan teh merupakan produk ikon bagi sesiapa yang singgah ke Ho Chi Minh

 Perhatikan betul-betul....ada buaian berhias di dalam sebuah restoran makanan segera

 Penjual air kelapa muda menggunakan kandar

 Beca roda tiga tidak secantik di Melaka.

 
 Terdapat lebih enam juta buah motosikal di Ho Chi Minh.Motosikal satu pemandangan yang biasa untuk semua penduduk tempatan kerana harga minyak yang tinggi.Dalam satu rumah tidak kurang tiga biji motosikal.

 Motosikal yang dilengkapi dengan tempat letak barang yang besar, pengangkutan utama mereka adalah motosikal.



 Buluh dijadikan hiasan hadapan bangunan hotel

 Coaster yang cantik selesa untuk membawa pelancong

Begitu juga teksinya ...besar dan selesa.Anda hanya perlu membayar lebih kurang RM16.00 untuk destinasi dari Ho Chi Minh ke lapangan terbang.Bagaimana pun dari lapangan terbang ke Ho Chi Minh anda perlu membayar lebih.Bersedekahlah.

Jika menaiki bot pelancong ke Mekong, air kelapa muda lah welcome drinknya

CANDY KELAPA SUNGAI MEKONG

Tidaklah susah sangat untuk membuat candy. Di pinggir Sungai Mekong ini ada sebuah tempat pelancongan yang memperkenalkan pembuatan candy kelapa. Rasanya kita boleh mencubanya di rumah dengan menggunakan peralatan yang lebih ringkas berbanding di sini.

 Buah kelapa yang telah dikopek dan dicungkil copra nya dimasukkan ke dalam mesin parut elektrik.

 Dahulunya mereka menggunakan kukur kelapa untuk memarut. Samalah seperti yang terdapat di Malaysia suatu masa dahulu.
 Pemandu pelancong kami sedang membuat demonstrasi memarut menggunakan kukur.

 Hasil parutan kelapa menggunakan parut elektrik.

 Berikut kelapa parut itu diperah menggunakan alatan ini untuk mendapatkan pati santan yang pekat.

 
 Seterusnya diadun santan pekat bersama gula pasir, gula kelapa dan marjerin.
Sukatannya sudah tentu rahsia bagi mereka.Adunan tadi dimasak menggunakan kuali khas yang dikacau secara otomatik menggunakan elektrik.Sungguh pun demikian bahan bahan bakarnya masih menggunakan kayu api.Mereka mengatakan bahawa dengan menggunakan kayu api aroma candy lebih wangi dan unik.

 Candy yang sudah masak dan kental dihamparkan di atas meja dan dipotong memanjang pada peringkat awalnya.

 Sesudah itu ia dipotong kecil lebih dan dibalut dahulu dengan rice paper sebelum dibungkus dengan kertas  pembungkus.

Antara perisa yang ada di sini adalah perisa asli, perisa strawberi ,perisa pandan dan perisa durian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...