Monday, 30 September 2013

BUKIT MALAWATI

Bila menyebut sahaja nama Bukit Malawati maka orang akan teringat rumah api yang terletak di puncak bukit tersebut (bersebelahan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor). Ini adalah mercu tanda Bukit Malawati dan juga bagi Kuala Selangor sendiri. Ia dibina oleh Kerajaan Belanda pada tahun 1907.Kedudukannya 73 meter dari aras laut dan ketinggian bangunan 27 meter.

Rumah api ini dikenali juga sebagai rumah api Altingsburg iaitu sempena nama Gabenor Jeneral Belanda yang memerintah pada masa itu. Rumah api ini masih teguh dan berfungsi hingga sekarang dan banyak membantu ahli pelayaran pada waktu malam. Lampunya dipasang antara jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi.Lampu bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kini dengan dengan ciri lampu    Fi (2) 15 saat dengan julat penglihatan 18 batu nautika.

Laman Budaya


Muzium Permainan Tradisional

Jejantas menghubungkan Laman Budaya dengan Muzium Permainan Tradisional.

Perigi Beracun : Dikatakan airnya mengandungi campuran beberapa jenis getah tumbuhan dan miang buluh bertujuan untuk menyiksa penderhaka-penderhaka pada zaman dahulu.Sekarang ia kelihatan ditumbuhi tumbuhan liar.



   
Bangunan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dulunya adalah sebuah bangunan lama yang asalnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor.Di sini dipamerkan himpunan artifak sejarah termasuk Salasilah Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (1766).

Muzium ini mula dibuka pada tahun 2006 . Telah banyak pengubahsuaian dilakukan ke atas bangunan lama ini  hinggalah menjadi sebuah muzium.


Alat pemadam api beroda jenis buih ini diimport dari United Kindom. Alat ini telah digunakan di Ibu Pejabat Polis seluruh Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1940 hingga 1950.

 Retaka (meriam Melayu buatan tangan)

 Peluru meriam

 Matawang tampang


 Dacing lama cina

 Pedang Belanda


Pinggan seramik buatan Belanda

Pinggan mangkuk seramik buatan Inggeris

 Porselin China

 Sundang


Batu Hampar: Dikatakan tempat memancung penderhaka-penderhaka. Setengah pendapat mengatakan tempat Sultan bersemayam /berehat sambil melihat kawasan sekeliling dari atas bukit.

 Tangga Kota Malawati
Pandangan dari jauh Kota Malawati

Terdapat banyak meriam di bukit ini terutama sekitar Kota Malawati. Meriam ini dahulu digunakan sebagai pertahanan menentang musuh





 Makam DiRaja Kota Malawati: Menempatkan tiga makan Sultan Selangor semasa pemerintahannya
Sultan Selangor Pertama: Sultan Salehuddin (Raja Lumu) 1742-1778
Sultan Selangor Kedua: Sultan Ibrahim 1978- 1842
Sultan Selangor ketiga: Sultan Mahmud 1942- 1857



Baitul Hilal : Tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal dilakukan di sini saban tahun.Biasanya DYYM Sultan Selangor akan mencemar duli di sini  selain di Balai Cerap Selangor di Sungai Lang , Sabak Bernam Selangor.

 Dengan jalan sedikit berbelok-belok ini anda boleh menaiki kereta dengan gear dua.Walaupun demikian anda dilarang menggunakan kereta sendiri pada hari    Sabtu ,Ahad dan cuti kelepasan am kerana hanya trem sahaja yang boleh digunakan.Dengan sedikit bayaran (dewasa RM 5 dan kanak-kanak RM 3) anda boleh ke sana atau memilih untuk berjalan kaki.





Monday, 23 September 2013

BAGAN LALANG SEPANG

Selain pantai Morib, Bagan Lalang juga dikenali ramai sebagai pantai yang indah dengan pasir yang halus di bahagian selatan negeri Selangor. Pantai ini muram seketika apabila wabak penyakit Japanesse Encephalitis (JE) yang disebabkan oleh ternakan khinzir di Sepang dan Bukit Pelanduk Negeri Sembilan padal tahun 1999.Banyak resort yang gulung tikar kerana air pantainya tercemar dan pengunjung amat berkurangan. Kini pantai ini kembali pulih dan pelabur asing juga turut membina resort mewah di sini.

Ditumbuhi pohon-pohon ru yang tinggi dan rendang menyejukkan pemandangan

Sesuai menjadi venue hari keluarga


Berkemah dan bersantai di pantai

Pantainya landai, jika surut kawasan berpasir lebih luas dari padang bola sepak


Gerai jualan memeriahkan pantai

Resort mewah, Sepang Goldcoast

Resort mewah , bilik paling murah RM500 untuk dua orang. Sewaan bilik paling mahal dan besar adalah RM5000 sehari semalam.

Terdapat lebih dua ratus unit bilik di resort ini

 Kepah, suatu masa dahulu banyak didapati di sini. Kini kian pupus

 Tinggallah siput ini yang masih banyak didapati

Siput buluh ini tiba-tiba muncul di pantai Bagan Lalang.Biasanya siput ini didapati dengan banyaknya di Sabah.

 Selesa kerana ada kemudahan parkir



 Menara Penyelamat Pantai

Jom bersantai dan tenangkan fikiran di sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...