Thursday, 23 January 2020

KAMPUNG MORTEN MELAKA

Kampung Morten Melaka sudah tidak asing lagi di Bandaraya Bersejarah Melaka.Ia banyak menyimpan khazanah warisan negara dalam bentuk senibina tradisional Melayu iaitu rumah Melaka.Kedudukannya amat strategik terletak di zon pelancongan negeri Melaka.Berterima kasihlah kita atas usaha kerajaan sebelum ini yang memulihara dan menaiktaraf kampung ini hingga dapat dikenali ramai.Kali ini Atuk melawat pada waktu malam.Subhanallah...sungguh cantik rupanya.Tidak sangka asalnya tempat ini dahulu adalah kawasan paya bakau dan nipah.
Mercu tanda Kampung Morten.

 Tidak perlu pergi jauh-jauh untuk melihat rumah tradisonal memadai dengan berkunjung di sini.Tidak jauh dari sini ada Jonker Walk, Muzium Samudera,Muzium Kastam,Muzium Tentera Laut dan banyak lagi.
 Deretan rumah yang kelihatan tersusun dan cantik dipandang mata.Kita boleh parkir secara percuma di tepi jalan sepanjang tebing sungai walaupun di malam minggu.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup kerana memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah.Nama kampung ini diambil sempena nama Frederick Joseph Morten iaitu Pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920an.
 
 Salah satu rumah yang tercantik di sini :penuh dengan barang-barang antik menjadi hiasan luaran.Lebih kurang 50 buah rumah di kampung ini yang mana penghuninya adalah orang Melayu.

Halaman rumah seperti sebuah taman layaknya.
Replika rumah Melaka yang terletak di halaman rumah.

Antara beberapa rumah yang tercantik...tidak melepaskan peluang cucu Atuk bergambar di sini.

 Salah satu rumah tradisional yang kini dijadikan muzium : Villa Sentosa .Ia telah dibina oleh Tuan Haji Hashim bin Dato'Demang Hj Abdul Ghani pada tahun 1920.Kini diubahsuai menjadi muzium persendirian.

 Pada waktu malam Jambatan Kampung Morten dilimpahi lampu berwarna-warni yang ditukar pencahayaannya beberapa saat berlangsung.Ada banyak lagi jambatan seperti ini di sepanjang Sungai Melaka dan dinamai dengan nama tertentu.

Berehat di tangga Jambatan Kampung Morten.
Kampung Morten adalah kampung tradisonal namun banyak bangunan tinggi di sekelilingnya.Sungguh mencabar penghidupan di sini.

Sesekali muncul feri River Cruise menyusuri Sungai Melaka.

Banyak tempat duduk disediakan disepanjang tebing Sungai Melaka ini .Boleh beristirahat dan menikmati tiupan angin malam dan sinaran lampu berwarna-warni.

Kampung Morten diberi nama,
Sungguhlah cantik seindah rupa;
Di malam hari lampu bercahaya,
Udara nan nyaman tenangkan jiwa.


3 comments:

  1. Nenguk rumah2 di kg Mortem dari feri pada waktu malam memang cantik

    ReplyDelete
  2. Mula baca kisah Kg Morten ni pada tahun 70an. Teringin nak melawat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen setia tuan berdua...InsyaAllah Atuk cuba melawat Villa Sentosa pada waktu siang, kerana villa ini ditutup pada waktu malam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...