Wednesday, 6 June 2018

MASJID SELAT

Semasa berkunjung ke Melaka baru-baru ini Atuk terlihat cenderahati yang tertera foto Masjid Selat.Tidak terlintas kami akan kewujudan masjid ini kerana selama ini kami bersolat di Masjid Al Azim atau masjid sekitarnya yang berada di sepanjang perjalanan kami ke Melaka.
Setelah di google kami pun mencarinya .Rupanya masjid ini agak tersorok kedudukannya tetapi sangat indah kerana kedudukannya menganjur ke laut.

Masjid Selat ini dibina di tengah-tengah pusat perniagaan Bandar Hilir Melaka.Lokasinya menghadap Selat Melaka merupakan mercu tanda baru di negeri ini. Idea ini hadir dari ilham Yang Berhagia Dato Seri Haji Ali bin Mohd Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka pada masa itu.
                            
Ia dibina mulai tahun 2003 dan siap pada tahun 2006.Masjid ini dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 24 November 2006.
Senibinanya bercirikan Melayu dan Arab.Ruang solatnya boleh menampung 1500 jemaah

 

                            
Pandangan dari hadapan masjid

  Dari jauh masjid ini kelihatan comel


Kali lima masjid tempat yang sesuai menghirup udara segar dari laut

Pemandangan yang cantik laut Selat Melaka

Lanskap yang sederhana, kelihatan cantik dan tersusun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...