Almarhum nenda Atuk bernama Sariban bin Saridin. Almarhum berasal dari kepulauan Jawa berjirah ke Tanah Melayu di awal tahun 1900an. Nenda Atuk berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Haji Jabar . Mereka tinggal di Kampung Sungai Air Tawar kekal hingga akhir hayat.
Inilah rumah Almarhum dan Almarhumah yang didirikan semula di tapak asal di awal tahun 1960an.Kini rumah ini dihuni oleh bonda saudara Atuk dan suaminya setelah kematian kedua nenda Atuk. Sedikit pengubahsuaian pada rumah asal dilakukan oleh bonda saudara Atuk ke atas rumah warisan ini iaitu menggantikan bumbung termasuk bumbung di bahagian tangga dan pagar bawah rumah .
Rumah anjung : Lihat meja marmar pusaka nenda Atuk ada di sini
Bahagian dalam rumah
Rumah warisan almarhum ayahanda bonda Atuk mempunyai sedikit kelainan kerana ia bertema warna kemerahan. Bangunan induknya didirikan sekitar tahun 1950an dengan sedikit pengubahsuaian di bahagian tangga dan bumbungnya. Ubahsuai ini dilakukan semasa ayah bonda Atuk masih hidup lagi.
Ini pula rumah bonda saudara Atuk: Hajah Jamaliah binti Sariban
Rumah bonda saudara Atuk : Hajah Munisi binti Sariban
Rumah pusaka jadi warisan,
Dijaga dipulihara dengan keikhlasan
Agar dikenang generasi hadapan,
Seni binaan jadi kebanggaan.
Rumah pusaka jadi warisan,
Dijaga dipulihara dengan keikhlasan
Agar dikenang generasi hadapan,
Seni binaan jadi kebanggaan.
No comments:
Post a Comment