Bila menyebut sahaja nama Bukit Malawati maka orang akan teringat rumah api yang terletak di puncak bukit tersebut (bersebelahan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor). Ini adalah mercu tanda Bukit Malawati dan juga bagi Kuala Selangor sendiri. Ia dibina oleh Kerajaan Belanda pada tahun 1907.Kedudukannya 73 meter dari aras laut dan ketinggian bangunan 27 meter.
Rumah api ini dikenali juga sebagai rumah api Altingsburg iaitu sempena nama Gabenor Jeneral Belanda yang memerintah pada masa itu. Rumah api ini masih teguh dan berfungsi hingga sekarang dan banyak membantu ahli pelayaran pada waktu malam. Lampunya dipasang antara jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi.Lampu bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kini dengan dengan ciri lampu Fi (2) 15 saat dengan julat penglihatan 18 batu nautika.
Laman Budaya
Muzium Permainan Tradisional
Jejantas menghubungkan Laman Budaya dengan Muzium Permainan Tradisional.
Perigi Beracun : Dikatakan airnya mengandungi campuran beberapa jenis getah tumbuhan dan miang buluh bertujuan untuk menyiksa penderhaka-penderhaka pada zaman dahulu.Sekarang ia kelihatan ditumbuhi tumbuhan liar.
Bangunan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dulunya adalah sebuah bangunan lama yang asalnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor.Di sini dipamerkan himpunan artifak sejarah termasuk Salasilah Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (1766).
Muzium ini mula dibuka pada tahun 2006 . Telah banyak pengubahsuaian dilakukan ke atas bangunan lama ini hinggalah menjadi sebuah muzium.
Alat pemadam api beroda jenis buih ini diimport dari United Kindom. Alat ini telah digunakan di Ibu Pejabat Polis seluruh Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1940 hingga 1950.
Peluru meriam
Matawang tampang
Dacing lama cina
Pedang Belanda
Pinggan seramik buatan Belanda
Pinggan mangkuk seramik buatan Inggeris
Sundang
Batu Hampar: Dikatakan tempat memancung penderhaka-penderhaka. Setengah pendapat mengatakan tempat Sultan bersemayam /berehat sambil melihat kawasan sekeliling dari atas bukit.
Pandangan dari jauh Kota Malawati
Terdapat banyak meriam di bukit ini terutama sekitar Kota Malawati. Meriam ini dahulu digunakan sebagai pertahanan menentang musuh
Sultan Selangor Pertama: Sultan Salehuddin (Raja Lumu) 1742-1778
Sultan Selangor Kedua: Sultan Ibrahim 1978- 1842
Sultan Selangor ketiga: Sultan Mahmud 1942- 1857
Baitul Hilal : Tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal dilakukan di sini saban tahun.Biasanya DYYM Sultan Selangor akan mencemar duli di sini selain di Balai Cerap Selangor di Sungai Lang , Sabak Bernam Selangor.