Friday, 10 March 2017

PASAR BEN THANT, HO CHI MINH

Pada abad ke 17 dikatakan telah wujud pasar berhampiran Sungai Saigon.Penjajah Perancis pula telah membina pasar yang lebih besar pada tahun 1859 dan musnah terbakar pada tahun 1870.Pada tahun 1912 pasar ini dipindahkan ke bangunan baru dan dinamakan New Ben Thant Market.Bangunan pasar yang besar ini diubahsuai pada tahun 1985.
.

u


Besar sungguh durian di sini

 Pelbagai jenis kopi


Kebanyakan yang menggubah bunga adalah lelaki





 Jika pergi di awal pagi..tentulah lengang seperti ini.Waktu ketika ini adalah sekitar jam 9.00 pagi waktu Ho Chi Minh
 Pelbagai pabrik dijual.Kita harus tahu tawar menawar
Boleh menawar sehingga 50 % harga barangan.




 Di pasar basah beginilah keadaannya

 Ketam nipah yang besar


Kepah dan siput gondang pun ada

Tidak ketinggalan ikan haruan

 Buah longan nya besar ,wangi tetapi sedikit berlendir..tidak sama dengan longan Siam

 Kedondong ni memang cukup besar..cuba bandingkan dengan rambutan di sebelahnya


 Buah jari Buddha



 RM5.00 satu pek buah hirisan/ kopek

Bagi yang kurang selesa dengan budaya peniaga di sini (kekadang timbul paksaan)  dinasihatkan lebih baik membeli belah di kedai-kedai yang berhampiran.Anda pasti puas hati tidak mudah tertipu.
Kemahiran pertukaran nilai mata wang asing kepada Dong amat perlu sebab mereka selalu mengunakan nilai anggaran yang kurang tepat.Selamat membeli belah.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...