Monday 27 April 2020

MASJID SULTAN, ARAB STREET DAN SEKITARNYA

Pertama kali Atuk berkunjung ke Singapura adalah pada tahun 1981.Kini setelah hampir 40 tahun barulah dapat Atuk mengunjungi semula Singapura buat kali kedua.Bagaimana pun Atuk lebih berkenan untuk singgah ke Masjid Sultan yang namanya masih gah hingga sekarang.

Papan tanda ke Masjid Sultan ditulis dalam empat bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun.
Beginilah suasana di dalam dewan solat Masjid Sultan.

Masjid Sultan ini adalah masjid pertama di Republik Singapura yang terletak di Kampung Gelam.Hingga kini masjid ini menjadi tarikan pelancong berkunjung ke sini.Struktur awal masjid ini dibina oleh pedagang Jawa pada tahun 1826 yang merupakan pedagang awal ke Singapura.
Pada tahun 1924 ,Pengurus masjid ini bersetuju untuk menggantikan masjid yang lama kepada yang baru di tapak masjid yang lama.Senibinanya atas ilham arkitek Denis Santry dari Swan dan Maclaren dan siap dibina pada tahun 1928.
Mimbar masjid masih kelihatan cantik dan unik.
Ruang masjid yang luas mampu menampung 5000 jemaah pada satu-satu masa.
Lampu Chadeliar juga kelihatan antik

Arkitek Denis Santry mengadaptasikan bentuk Sarasenik atau gaya Gothic Mughal lengkap dengan menara menggantikan masjid lama yang berarkitekkan seni Jawa.
Masjid dilihat dari lain sisi.Suasana yang sungguh tenang.

Masjid ini mendapat pengiktirafan ISO 9001:2005. Sebelum ini masjid ini mendapat pengiktirafan dari pemerintah Singapura sebagai National Monument pada 14 Mac 1975.

Tidak jauh dari situ terdapat monumen berikut: yang bercirikan Islam di Muskat Street .


Jualan barang-barang dari Timur Tengah di Arab Street

 Bahagian belakang kedai di lorong ini dihiasi dengan lukisan mural.


Tidak jauh dari masjid ini terdapat bangunan lama dikekalkan sebagai warisan.

Masjid Sultan sudah ternama,
Di Kampung Gelam Singapura;
Tunaikan solat tegakkan agama,
Semoga beroleh ganjaran syurga.






Monday 20 April 2020

KEMBARA ACEH : MUZIUM ACEH

Tidak banyak maklumat yang dapat dipaparkan di sini hanya sekadar foto sebagai pengganti diri.
Contoh Rumah Aceh.Didirikan tinggi untuk mengelakkan banjir dan serangan haiwan liar.

 Dongson (loceng besar)
Payung bertekat yang menunjukkan budaya rakyat Aceh suatu waktu dahulu
 Sulaman tekat emas
Tempayan lama
 Koleksi songkok Aceh mengikut zaman
 Bayi lembu berkepala dua
Peralatan nelayan...hampir sama dengan yang terdapat di alam Nusantara yang lain
Perkakas dapur dari tembikar dan tembaga
 Pakaian Suku Tamiang
Pakaian Suku Singkil
 Pinggan mangkuk
 Lesung dan batu giling
Yang tergantung itu adalah acuan bahulu .Acuan ini diperbuat dari tembaga
 Kukur kelapa

Periuk belanga
 Buaian bayi
Ahli rombongan Atuk melawat muzium ini pada November 2019 yang lalu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...