Monday 2 July 2018

PANTAI CAHAYA BULAN

Pantai ini dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi.Oleh kerana nama tersebut kurang enak didengar dan berbaur kelucahan lantas ditukar nama menjadi Pantai Cahaya Bulan.Penukaran nama tersebut dilakukan oleh Kerajaan Kelantan yang di masa itu Menteri Besarnya ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pantai ini adalah tempat pendaratan Tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 
8 Disember 1941 untuk menyerang Tentera British dalam Perang Dunia kedua.

Kedudukan pantai ini lebih kurang 10 km dari Kota Bharu Kelantan.Pesisir pantainya kira-kira 1.2 kilometer dan berair jernih.

Suatu ketika dahulu pantai ini pernah melalui hakisan pantai yang serius namun telah dipulihara oleh kerajaan.Di sini terdapat juga kemudahan hotel dan resort untuk para pengunjung dan pelancong.

Gerai-gerai lengang di waktu tengah hari tetapi meriah di waktu petang hinggalah menjelang senja.

 Udang goreng tepung

 Udang goreng tepung disusun berjajar untuk menarik pelanggan

 Ikan goreng tepung memang terkenal di pantai timur


 Sotong goreng tepung


Proses baikpulih pantai telah dilakukan untuk mengelakkan hakisan pantai yang serius.

Pantainya yang curam dan berair dalam tidak sesuai untuk kegiatan mandi manda lebih-lebih lagi ia terletak menghadap Laut China Selatan yang sangat luas.

PCB nama singkatnya
Tentera Jepun mendarat di sana
Angin bertiup sungguh nyamannya
Penghibur yang sedang berduka


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...