Thursday 25 January 2018

MUZIUM KAPAL SELAM, MELAKA

Kapal Selam Agosta 70 FS Ouessant merupakan kapal selam latihan untuk krew-krew Kelas Perdana Menteri TLDM.Perolehan kapal selam milik bekas Tentera Laut Perancis ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia .Seterusnya ia diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Melaka di Klebang Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam ini dari pengkalannya di Brest,Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.

Fokus utama muzium ini adalah sejarah kapal selam dan perkembangannya.Turut dipamerkan ialah model kapal selam,diorama, lukisan, peta lama, model kapal dan artifak seperti pakaian pelatih dan sebagainya.

Ruang didalam kapal selam ini agak sempit dan pelawat hanya dibenarkan melalui laluan sehala sahaja.Ruang yang terbatas ini sesuai untuk 36 orang krew dan 5 pegawai sahaja.

 Ruang dapur

 Kabin tempat tidur bertingkat

Ruang pelancar Torpedo

 Ruang untuk berehat dan makan

Latihan "Project Ouessant Malaysia" melibatkan FS Ouessant dan 156 pelatih Kelas Perdana Menteri yang berakhir pada 11 Julai 2009.Misi latihan bagi KD Tunku Abdul Rahman yang belayar meninggalkan limbungan Direction des Construction Navales Services (DCNS) Cherboug, Toulon menuju ke Malaysia.

Semua krew Kelas Perdana Menteri dilatih sepenuhnya oleh staf  sebuah firma swasta Perancis iaitu NAVFCO :sebahagian dari Groupe DCI (Defence Consell International) yang terdiri daripada bekas Tentera Laut Perancis.

Krew-krew peltih terbabit perlu menghabiskan 9,000 jam latihan (4 tahun) di bawah permukaan air bersama kapal selam FS Ouessant.

Latihan terbahagi kepada 3 fasa iaitu kuliah, simulasi (penyelaku) dan latihan kapal selam di laut di bawah pengurusan dan arahan Komander FS Ouessant; Captain Commander Benoit Lamire.

Projek baikpulih Ouessant bermula secara rasmi pada 30 Oktober 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2005 dan disewa oleh Malaysia untuk memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew Kelas Perdana Menteri mulai 21 November 2005 sehingga selesai pada Rabu 9 Julai 2009.
Kapal selam ini merupakan kapal selam penyerang(SSK) diesel-elektrik buatan Perancis dan diklasifikasikan sebagai kapal selam bukan berkuasa nuklear (Non Nuclear Submarine)
Persenjataan: SM 39 Exocet
4 x tiub pelancar torpedo 550 mm
Torpedo ECAN L5 Mod 3 dan ECAN F17 Mod 2


Logo TLDM

Ia menggunakan sistem pendorong MESMA AIP (Air Independent Propulsion) : dibina oleh firma Arsenal de Cherbourg dengan permulaan unit Agosta 70 iaitu FS Agosta,FS Beveziers, FS La Praya dan FS Ouessant: berkhidmat sebagai flatform bawah permukaan Tentera Laut Perancis pada tahun 1977 dan 1978.

Kesemua kapal telah dilucut tauliah secara berperingkat mulai tahun1977 hingga 2001 termasuk FS Ouesant (S 623).Versi termoden telah dibina oleh Tentera Laut Pakistan iaitu Agosta 90B.


Keratan akhbar tempatan berkaitan Agosta 70

Panjang: 67 meter
Beam 6.8 meter
Kelajuan 20.5 knot
Snorting : 10.5 knot
Permukaan: 12 knot

Jarak operasi: 10,000 batu nautika
Kedalaman menyelam: 300 meter

Di muzium ini dipamer juga dua buah jet pejuang .Antaranya ialah Mc Connel Douglas A -4 Skyhawk.A4 Skyhawk digelar sebagai Scooter pleh para juruterbangnya direka untuk memenuhi keperluan sebuah pesawat serangan ringan yang dilancarkan daripada kapal pengangkut pesawat (carrier borne light attack craft) bagi Tentera Laut Amerika Syarikat.

Jet pejuang :Northrop- Grumman F-SE /F Tiger II
TUDM memulakan menggunakan pesawat F SE Tiger II pada tahun 1975 apabila menerima 14 buah pesawat jenis ini bagi menggantikan pesawat Avon F 86 Saber Jet.

Set pakaian juruterbang jet pejuang

Tiket untuk memasuki muzium ini dewasa :RM 5.00 dan kanak-kanak RM3.00.



Sunday 14 January 2018

AVATAR SECRET GARDEN,TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG

Avatar Secret Garden adalah taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar. Taman ini merupakan salah satu tempat berbukit di tepi laut yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna. Hal ini akan mewujudkan pemandangan yang sangat cantik dan indah berwarna warni.








Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secret Garden mempunyai daya tarikah sendiri. Jadi jika ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengembaraan seakan akan di dunia Avatar. Malahan tiada caj dikenakan untuk masuk ke taman ini. Jangan lepaskan peluang baik ini sementara tiket masuk masih lagi percuma.Bagaimana pun anda dikenakan caj parkir sebanyak RM5.00.





Monumen haiwan ini terdapat di bahagian pantai yang berpasir.Sambil menghirup udara segar pantai anda boleh beraksi bersama monumen monumen indah ini yang berskala besar.





Berhati hati menaiki tangga menghala ke bukit walaupun disediakan lampu kecil menghiasi tangga tersebut.

 Koleksi lampu berbentuk bunga tulip


Disediakan juga menara tinjau berwarna warni dapat menarik perhatian pengunjung dari jauh lagi.

Wednesday 10 January 2018

KOLEKSI BASIKAL SEORANG KAWAN

Atuk mempunyai kenalan di Balik Pulau, Pulau Pinang.Hobinya berbasikal.Sejak mula bertugas sebagai guru hinggalah sekarang hobinya tidak pernah luntur.Beliau adalah Haji Mohammad Aluwi bin Ismail yang kini tinggal di 
Lebuh Sungai Burung 2, Balik Pulau,Pulau Pinang.

 Inilah basikalnya yang dibeli menggunakan gaji yang pertama setelah menjawat jawatan sebagai seorang guru terlatih pada tahun 1981.Beliau berasal dari Kampung Tiram Jaya, Tanjung Karang Selangor.

 Semua basikal-basikalnya masih dalam keadaan baik dan ada di antaranya kini mencecah harga kepada RM24,000.Kesemua basikalnya bukan untuk dijual malah sebagai koleksi yang amat tinggi nilainya

 Beliau lebih suka ke tempat kerja dengan menaiki basikal

 Basikal untuk orang perempuan berjenama Raleigh masih elok dan cantik dalam simpanannya.




 Tidak ketinggalan juga basikal jenis mountain bike pun ada.Basikal ini beliau gunakan untuk menaiki Bukit Bendera dan bukit sekitarnya.


 Tidak hairanlah dengan berbasikal antaranya menyebabkan beliau kelihatan lebih sihat berbanding rakan-rakan seusia dengannya.

Jika anda berminat melawat , datanglah ke No 40 Lebuh Sungai Burung 2, 
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...