Sunday 23 July 2017

KRAFTANGAN WARISAN DI PREMIS USANG

Melihat pada foto premis tiga tingkat di bawah anda sudah pasti beranggapan tiada apa yang perlu dibanggakan. Namun hakikatnya di sini antara warisan kraftangan rotan yang masih bertahan hingga sekarang dengan mengekalkan identiti lamanya.
Lokasinya adalah di Lebuh Chulia

 Inilah antara barangan kraf dari rotan yang dihasilkan sini sejak puluhan tahun dahulu.

 Pemilik dan pengusaha premis ini senyum dan tenang menghadapi zaman yang mencabar ini.Atuk terlupa pula bertanya nama dan berapakah usianya.

 Kerusi rotan ini kelihatan kemas buatannya dan masih mendapat tempat di kalangan penggemarnya.

 Tempat menghasilkan kraf rotan terletak di bahagian dalam premis ini.Sebahagiannya menggunakan peralatan moden seperti mesin penebuk lubang dan lain-lain.
 Generasi muda jarang mahu melibatkan diri dalam perniagaan sebegini.Mereka lebih menyukai karier yang melibatkan teknologi terkini ,mudah dan lumayan.

Wednesday 19 July 2017

DI CELAH-CELAH LEBUH CHULIA

Pertumbuhan pesat pembangunan di Pulau Pinang sedikit sebanyak telah mengubah  banyak bangunan usang bertaraf warisan menjadi baharu.Pemuliharaan bangunan usang ini sebenarnya memerlukan kos yang tinggi.Antaranya ialah Hotel Grand Swiss ini yang dahulunya usang dan tersembunyi di celahan Lebuh Chulia.
Hotel Grand Swiss di waktu malam

Hotel ini mula beroperasi mulai tahun 2015

Hotel Grand Swiss di siang hari berlatar belakangkan bangunan KOMTAR. Ia adalah antara puluhan hotel bajet sekitar Pulau Pinang.Melalui Agoda atau Trivago anda boleh membuat tempahan bilik standard serendah RM90.00 sahaja semalam.

Kedudukannya di celah-celah lorong sunyi di Lebuh Chulia
Sungguhpun terpencil ada beberapa tarikan antaranya lukisan-lukisan mural di bawah

Mural potret Mona Lisa

Mural potret Marilyn Monroe

Mural potret Mr. Bean pun ada

Mural watak Beethoven

dan mural watak James Bond

Di awal pagi Lebuh Chulia ini agak lengang

Terdapat juga bangunan warisan sejarah yang dipulihara

Sebuah masjid terdapat di sini menunjukkan ramai penghuni sekitarnya beragama Islam terutama keturunan India Muslim.

Hotel Yeng Keng masih mengekalkan seni peradaban Cina.

Kalau hendak bersiar-siar beca ini sedia menanti anda.Mengikut pemerhatian Atuk , tiada generasi muda kaum Tionghua yang bekerja sebagai penarik beca di sini.

Satu lagi hoel yang tersorok di Lebuh Chulia ini ialah Hotel Chulia Heritage.Hotel ini pun berasal dari satu premis kediaman yang diubahsuai menjadi hotel.
Hotel ini agak mahal sedikit sewa. Kadar terendah ialah RM200.00 semalam.Bagaimanapun terdapat juga beberapa keistimewaannya

Disediakan ruang parkir yang mencukupi

Anda tidak perlu membayar sewaan basikal untuk bersiar-siar. Menurut petugas kaunter penyewa hotel mendapat kemudahan ini secara percuma.

 Seni kimpalan ini terdapat di laluan ke Hotel Chulia Heritage

 Tingkap-tingkap warisan masih dikekalkan dan dipulihara.
Atuk pun ambil kesempatan bergambar di sini.

Mural Si Belang dan Si Penyu



Lebuh Chulia diberi nama,
Premis warisan banyak di sana;
Yang lama dipulihara,
Nampak indah menyejukkan mata.
























Wednesday 12 July 2017

MUZIUM WARISAN (KOMPLEKS KRAF LANGKAWI)

Buat masa ini  melawat Langkawi perlu perbelanjaan yang banyak. Selain membeli- belah, melawat tempat-tempat pelancongan perlu membayar tiket yang kadangkala di luar jangkaan kita mahalnya.Akan tetapi ada suatu tempat yang perlu dilawati tanpa dikenakan bayaran iaitu Muzium Warisan.


Sebenarnya untuk memasuki muzium ini kita terpaksa melalui Kompleks Kraf Langkawi, Ramai yang tidak tahu kedudukannya kerana ia berada di laluan belakang kompleks ini. Banyak warisan negara terpamer di sana.



Peralatan Pesawah Padi

Alat pengisar padi

Pengandar jerami

Lesung kayu



Jebak Burung dan Ayam Hutan
Koleksi alat untuk menangkap perbagai burung dan ayam hutan



   


Pelbagai Jenis Perahu

 Perahu Payang


Perahu Sekoci

Perahu Kulit Kayu

Peralatan Menangkap Ikan


Serkap Ikan




Alat Pertukangan



Ukiran Kayu




Alat Muzik Tradisional



Kompang Hadrah






Gambus

Rebab

Serunai

Pelbagai jenis Gendang

Peralatan Wayang Kulit

Permainan Dalam

Pelbagai jenis congkak





Berada lebih kurang setengah jam di sini mungkin anda akan dapat mengenali pelbagai jenis warisan negara yang patut diketahui .Harap maaf kerana foto koleksi senjata tradisional tidak dipaparkan di sini kerana masalah teknikal.

Puas sudah melawat Langkawi,
Muzium Warisan kita kunjungi;
Pelbagai khazanah terpamer di sini,
Warisan Negara patut disanjungi.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...