Tuesday 8 September 2020

KOTA BELANDA

Sudah banyak kali Atuk berkunjung di sini namun pada kali ini Atuk bersama keluarga termasuk cucu kesayangan.Tempat ini tidak asing dikunjungi pelawat sama ada dari dalam atau luar negara.
Meriam ini bukan meriam sebenar, ia hanyalah replika yang menjadi hiasan kota ini.

Untuk menambah cantik hiasan bercorak ini di wujudkan
 

Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) telah mendirikan kota ini pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.Tindakan Belanda itu menyebabkan orang tempatan tidak menyenangi cara memperolehi bijih itu lalu mereka memusnahkan kota itu.
Selepas dimusnahkan pada tahun 1749 kota ini dibina semula dan Belanda menempatkan 80 orang pengawal.Namun selepas 1779 kota ini tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan perdagangan rempah dengan Maluku, Indonesia penguasaan Belanda berakhir setelah Perjanjian Pangkor tahun 1824.
Jabatan Muzium Negara telah memulihara bangunan ini pada tahun 1973 dan mewartakannya sebagai monumen lama dan tapak bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 seksyen no 247.Usaha ini diteruskan oleh Kerajaan Negeri Perak dan memajukannya sebagai tempat pelancongan.

Kota Belanda kota bersejarah,
Tempat menyimpan bijih timah;
Tanda tinggalan para penjajah,
Dipulihara dan diperindah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...