Thursday 29 December 2016

ISTANA PASIR KELUARGA HJ MOHD TABOT DAN HJH SALIMAH

Pada 22 dan 23 November 2016 yang lalu, keluarga sebelah isteri Atuk telah
mengadakan perjumpaan hari keluarganya di Yeob Bay Hotel Teluk Senangin.
Pada hari keduanya mereka telah mengadakan pertandingan istana pasir.
Jom kita lihat kehebatan mereka membuat istana pasir dalam masa satu jam.
 Inilah istana pasir yang menjadi johan dihasilkan oleh keluarga
Hajah Mahlela binti Mohd Tabot.Rupa-rupanya inilah kali pertama penghasilan
istana pasir buat keluarganya.

 Naib Johan istana pasir disandang oleh Mohammad Akmal Mohammad Shafii
secara perseorangan.Walaupun kurang kemas tetapi ada kreativiti.

 Tempat ketiga dimenangi oleh keluarga Hajah Junaini Mohamed Jaafar.
Kemas dan nampak simple.

 Hasil kerja Encik Fazir dan keluarga (saguhati)

 Hasil usaha Keluarga Mohd Johan bin Jaafar (saguhati)

 Gabungan usaha Mohd Naqiuddin dan Mohd Dzunur Ain (saguhati)

Hasil usaha Keluarga Puan Aida binti Bandi (saguhati)

Alhamdulillah...walaupun ada yang baru pertama kali menyertai namun masih
kelihatan kreativiti masing-masing.Tahniah dan syabas.

Sunday 27 November 2016

MAJLIS POTONG JAMBUL BUAT CUCU-CUCU KU

Pada tahun ini alhamdulillah Atuk dikurniakan dua orang cucu lagi: seorang cucu lelaki dilahirkan pada 28 Ogos 2016 dan seorang lagi cucu lelaki juga yang dilahirkan pada 3 Oktober 2016.Kedua-dua cucu ini adalah putera kepada anak Atuk yang kedua dan yang sulung.
 Di kesempatan ini Atuk pun mengadakan majlis tahlil dan potong jambul pada 26 November 2016.

 Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusof bin Dimin yang merupakan seorang pesara pengetua yang sangat-sangat kami hormati dan sayangi.

Selepas tahlil, kami berselawat buat Nabi Junjungan Muhammad SAW

 
 Inilah cucu Atuk :yang kiri (baju hijau muda) Mohammad Hafiy Iman bin Mohd Naqiuddin dan yang kanan (berbaju ungu) Ahmad Ardani Ehsan bin Mohd Shazwan.

Potong jambul dimulai oleh Tuan Haji Mat Judin bin Kamsah (jiran setaman)

Tidak ketinggalan bilal Masjid Jamek Hishamuddin : Tuan Haji Yahya kami beri peluang untuk memotong jambul .

Pengerusi taman : Tuan Haji Abdul Rani Baharum turut serta memotong jambul.

Kepada hadirin wanita Atuk beri peluang juga sebagai tanda penghargaan dan kepuasan hati.

Alhamdulillah...majlis berjalan lancar.Terima kasih kepada semua jemputan yang terdiri dari sahabat handai,jiran setaman dan saudara mara yang kami kasihi.

Kelahiran cucu di tahun ini,
Kedua-duanya cucu lelaki;
Semoga soleh beramal bakti,
Hidup barokah murah rezeki.

Monday 31 October 2016

TIRAM DI PANTAI SEKENDI

Siapa sangka tiram yang kelihatan asing  kini berada di daerah tempat tinggalku. 
Tiram di Pantai Sekendi (kira-kira 7 km dari Sungai Besar, Selangor) ini hidup dengan banyaknya pada batu-batu yang dilonggokkan di pesisir pantai tersebut. Batu-batu tersebut bukanlah batuan asal pantai ini; ia adalah batu penghalang hakisan ombak yang dibina oleh Jabatan Parit dan Saliran Sabak Bernam.
 Di pantai Sekendi yang indah inilah terdapat tiram dengan banyaknya

 Lihat batu-batu yang telah diselaputi tiram ini

 Membiak dengan banyaknya

Pandangan dekat

Objek yang kekuningan itu adalah tiram bersaiz sederhana

Membiak pada batang paip pvc

Cungkil menggunakan pemutar skru



Beginilah rupa tiram yang belum dibersihkan. Untuk mengambilnya kita
perlu menggunakan pemutar skru dan mencungkilnya pada batu tempat perumahnya.Harganya RM1.00 seekor jika dijual kepada pengusaha restoran makanan laut sekitar Sabak Bernam.
Setelah dibersihkan beginilah rupanya

 Isi tiram yang masih mentah

 Untuk memudahkan membukanya, kami kukus dahulu tiram itu. Jika suka anda boleh makan mentah bersama perahan lemon.Tiram dikatakan mengandungi khasiat zink dan baik untuk kesuburan lelaki.
Tiram mentah dengan perahan lemon

Rupa tiram sesudah dikukus(kelihatan mengecut).Bagaimana pun tiada butir mutiara dijumpai

Anda juga boleh memanggangnya

Tinggallah cengkerangnya setelah isinya diambil. Jangan buang merata-rata
 kerana cengkerang tiram ini boleh dijadikan hiasan lanskap.

Tiram sejenis karangan laut,
Di air masin tempat tinggalnya;
Permukaan batu tempat berpaut,
Terkenal kerana mahal harganya.



Sunday 30 October 2016

PELUKIS KAKI DAN MULUT

Sanggupkah anda melakukan tanpa menggunakan tangan?
Kini lihatlah lukisan pada sampul surat duit raya ini ; mungkin anda kurang percaya
bahawa lukisan tersebut dihasilkan oleh insan dengan hanya menggunakan kaki.

 Lukisan asal ini telah dilukis dengan menggunakan kaki
oleh Mat Jamil bin Ramli.Mat Jamil pernah mewakili sukan paralimpik 
negeri Terengganu.

 Surat ini telah ditulis oleh Mohd  Khairuddin bin Che Rani 
dengan menggunakan kaki.

Antara beberapa orang pelukis yang menghasilkan karya menggunakan kaki.

Alhamdulillah. Seharusnya kita bersyukur kerana dianugerahi Allah anggota 
yang sempurna .Semoga ia menjadi iktibar untuk menggunakan
anggota yang sempurna itu kepada perkara-perkara yang
 membawa kebaikan.


Wednesday 26 October 2016

HARI KELUARGA KOMUNITI MUSLIM TAMAN AMAN,TAMAN DAMAI DAN TAMAN INTAN JAYA

Setelah sekian lama merancang barulah kali ini Komuniti Muslim Taman Aman,Taman Damai dan Taman Intan Jaya Sabak Bernam berjaya mengadakan hari keluarga di luar kawasan.Walaupun hanya 10 keluarga yang menyertai tetapi penyertaan kali ini memberi pengalaman manis buat kami semua.


Hari keluarga tersebut berjaya diadakan pada 22 hingga 23 Oktober 2016 
di Yeob Bay Hotel, Teluk Senangin Manjung Perak. 

 Selepas check in hotel kami makan tengah hari di pantai yang kedudukannya kira-kira 50 meter dari tempat penginapan.Alhamdulillah, masing-masing membawa potluck sendiri dan kami makan bersama-sama seperti dalam satu keluarga.




 Enaknya dan santai

Di sebelah petangnya pula kami mengadakan acara sukaneka.Antaranya ialah acara kutip gula-gula kanak-kanak bawah 7 tahun, tiup belon besar kanak-kanak 7-12 tahun,baling tin berpasukan, suri teladan ,pertandinganmencari remis dan kijing dan acara riadah bola tampar lelaki.
 Acara baling tin


 Acara rebut gula gula

 Tiup belon sampai besar

 Suri teladan....mengasingkan rempah ratus macam Siti Muslihat

 Mencari remis dan kijing pulak


Kehadiran cucu-cucu peserta  menambah seri hari keluarga kami

 Makan malam
 Meriah bersama keluarga

Keesokannya pula ada lagi tiga acara iaitu pertandingan istana pasir,
boling kelapa dan tiup belon dewasa.

 Istana pasir



 Boling kelapa yang mencabar...nampak senang tapi tak kena

 Tiup belon siapa besar perempuan dewasa

Hadiah sudah menanti

 Hadiah Juara Istana Pasir


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga bertemu pula kita di lain masa.


Hari keluarga tiga taman,
Sudah dirancang berbulan-bulan,
Bertambah erat persahabatan,
Memupuk semangat kejiranan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...