Monday 19 October 2020

KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG

Tanjung Tualang, Perak suatu masa dahulu amat terkenal kerana mempunyai beberapa buah kapal korek bijih timah yang berskala besar.Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di sini ialah Lower Perak Tin Dredging,Southern Kinta Solidated,Southern Malayan Tin Dredging,Austral Amagamated Tin,Osborne and Chappel dan Pernas Chartered Management.

Sekitar tahun 1970an terdapat lima buah kapal korek bijih timah di Tanjung Tualang.Kapal korek ini beroperasi dari tahun 1938 hingg 1992 bermula pergerakan dari Malim Nawar hingga ke Batu 6 Jalan Tanjung Tualang.
Kapal korek ini adalah salah satunya yang masih tinggal dan utuh lantaran kewujudannya menjadi warisan sejarah
Ketika ini anda boleh mengunjungi kapal korek ini yang masih terletak di Batu 5,Jalan Tanjung Tualang,31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Pengaut iaitu bahagian yang mengaut atau mengorek bijih timah bercampur pasir dan lumpur di dasar tasik.Sejumlah 115 pengaut dikawal oleh motor yang akan menggerakkan  pengaut seperti pusingan roda.Tanah yang mengandungi bijih ini dibawa ke trommel screen untuk mengasingkan bijih timah dengan benda asing.Batu besar dan benda asing yang tidak diperlukan akan mengalir ke luar melalui muncung khas di bahagian belakang kapal korek.
Berat kapal korek ini ialah 4500 tan dengan kos pembinaan RM30 juta.Sungguhpun berat dan berusia puluhan tahun namun kapal korek ini masih utuh .
Agak suram dan seram juga jika anda melalui bahagian ini berseorangan
Panjang kapal korek ini ialah 75 meter dan lebarnya 35 meter dan terdiri dari 5 tingkat.Pada ketika itu pekerjanya seramai 90 orang sementara hanya 30 orang boleh bekerja dalam satu shift.
Warisan kapal korek ini kini dikawal selia oleh Jabatan Inkuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.
Kapal korek ini boleh dilawati setiap hari kecuali Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 6,00 petang.
Sudut pandang yang agak cantik di sini dengan lanskap pepohon dan tasik
Bahagian muncung kapal ini adalah tempat mengeluarkan batu besar dan benda asing dari trommel screen .
Inilah pengaut kapal korek yang mengaut bijih timah itu.Sungguh besar dan muat dua orang duduk di dalamnya.
 
Jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...