Majoriti penduduk di sini beragama Buddha.Suatu masa dahulu amat sukar untuk mencari restoran makanan halal.Di sini harga ayam tidak halal lebih murah dari harga ayam halal.Harga ayam halal mencecah RM24.00sekilo.Oleh kerana itu tidak hairanlah kebanyakan restoran halal pun memilih ikan atau makanan laut sebagai hidangannya.Sekarang di Ho Chi Minh telah wujud restoran makanan halal dengan banyaknya terutama di persekiranan Pasar Ben Thant.
Restoran Musa Kariem 1 Malaysia dan Restoran Aysah
Restoran Kampung Melayu, Restoran Basiroh dan Restoran Haji Osman
Di Restoran Serai
Restoran Serai
Restoran Halal Amin
Restoran Kampung Pandan
Di sini anda boleh memesan roti canai asli (kebanyakan restoran halal yg lain hanya menghidangkan roti canai segera).
Restoran Haji Mansour
Kebanyakan hotel menyediakan sarapan pagi, jika ragu dengan kehalalan nya makan ini sahajalah.
Oleh kerana lebar premis yang sempit iaitu sekitar kurang 5 meter maka kebanyakan restoran akan memasak makanan di tingkat atas restoran.
Nasi goreng kampung
Nasi goreng sayur
Sup Sayur
Menu di sini lebih kurang sama dengan menu di Malaysia.Jangan hairan kalau anda memesan nasi goreng pattaya ; kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menelangkupkan telur dadar ke dalam pinggan.Lain padang lain belalang.
No comments:
Post a Comment