Thursday 1 November 2018

PUSAT IKAN HIASAN PORT DICKSON

Sudah banyak pusat hidupan marin yang Atuk kunjungi.Walaupun ia tidak sehebat Aquaria di KLCC dan Underwater World Langkawi namun ia mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Aquaria dan Underwater World memerlukan kos yang tinggi untuk melawatnya.

Bagi Atuk ia setara dengan Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung Pulau Pinang cuma di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini tidak dikenakan sebarang bayaran.Faktor ini adalah salah satu daya tarikan pelancong yang baru di Port Dickson.
Pusat ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan  jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.Lokasinya di Jalan Kemang 8,Kampung Baharu,71050 Teluk Kemang. 

Baby shark boleh hidup bersama dengan belangkas

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kawasan pembiakan dan asuhan, galeri pameran, makmal penyelidikan,sistem bekalan dan rawatan air (air masin)

Ikan Depu
Sungguhpun cantik tapi ia berbisa.Jangan cuba-cuba menyentuhnya.

Zebra Eel
Sejenis belut yang nampak cantik tapi menakutkan.

 Ikan Badut (Clown Fish)
Yang ini paling Atuk suka.Comel walaupun sangat kecil berukuran kira-kira 2.5 cm.
Udang Kara (Lobster)

 Ikan Buntal
Tatkala tenang, badannya tidak mengembang bulat
Ikan Puru
Kelihatan seperti batu karang, penyamaran yang terbaik untuk menangkap mangsa
Kuda Laut

Sebenarnya pusat ini adalah tempat penggalakan pembiakan ikan hiasan, kuda laut dan batu karang
Batu karang dan hidupan laut membesar dalam makmal ini, sungguh mengkagumkan.


Penyu Karah
Pembiakan penyu juga ada dijalankan di pusat ini iaitu dari jenis penyu karah dan penyu agar.
Penyu Agar

 Tempat pembiakan penyu mendapat telur penyu dari kawasan sekitar pantai di Negeri Sembilan dan Melaka.


Sebagai kenangan anda bolehlah berswafoto di sini.

Ikan hiasan cantik sekali
Teluk Kemang di situ lokasi
Tak jemu pergi sekali
Ramai-ramai bawa famili.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...