Wednesday, 23 July 2014

KREATIVITI BAHAN TERBUANG

Penutup kipas kaki yang rosak jangan dibuang. Dengan sedikit kreativiti ia boleh dijadikan bekas tanaman orkid.Mudah saja melakukannya.


 Potong beberapa bahagian dawai  penutup kipas

 Terbalikan penutup kipas

 Bengkokkan dawai ke bahagian dalam

Letakkan sabut kelapa sebagai asas tanaman

 Susun pokok orkid


Tambah sabut di keliling pokok orkid

Setelah selesai, gantungkan di halaman rumah



Saturday, 12 July 2014

REMIS

Remis adalah sejenis siput atau hidupan laut yang banyak didapati di pantai berpasir dan sedikit berlumpur.Ia hidup di dalam damparan pasir dan mudah didapati hampir di permukaan pasir. Tidak perlu mengorek pasir terlalu dalam untuk mendapatkannya.


Ia mudah dikenali kerana coraknya yang cantik  seakan rama-rama.



Remis banyak didapati di pasiran pantai Sungai Lang Sabak Bernam, Pantai Remis Jeram Kuala Selangor, Morib dan pantai Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan.


Kalau direndam air masin, beginilah rupa remis itu.


Gunakan senduk nasi untuk mengorek pasir, insyaAllah anda akan terjumpa remis yang dihajati.Kesabaran amat perlu kerana anda mungkin keliru sama ada objek tersebut adalah remis atau sebaliknya.


Di Pantai Teluk Senangin ,Manjung Perak terdapat remis yang berbentuk segitiga seperti di atas dan ia lebih kecil daripada remis yang berbentuk bujur.Anda boleh merebusnya tanpa garam dengan ditambah serai dan hirisan bawang. Menu lain : Tumis dengan sos






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...