Thursday, 25 January 2018

MUZIUM KAPAL SELAM, MELAKA

Kapal Selam Agosta 70 FS Ouessant merupakan kapal selam latihan untuk krew-krew Kelas Perdana Menteri TLDM.Perolehan kapal selam milik bekas Tentera Laut Perancis ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia .Seterusnya ia diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Melaka di Klebang Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam ini dari pengkalannya di Brest,Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.

Fokus utama muzium ini adalah sejarah kapal selam dan perkembangannya.Turut dipamerkan ialah model kapal selam,diorama, lukisan, peta lama, model kapal dan artifak seperti pakaian pelatih dan sebagainya.

Ruang didalam kapal selam ini agak sempit dan pelawat hanya dibenarkan melalui laluan sehala sahaja.Ruang yang terbatas ini sesuai untuk 36 orang krew dan 5 pegawai sahaja.

 Ruang dapur

 Kabin tempat tidur bertingkat

Ruang pelancar Torpedo

 Ruang untuk berehat dan makan

Latihan "Project Ouessant Malaysia" melibatkan FS Ouessant dan 156 pelatih Kelas Perdana Menteri yang berakhir pada 11 Julai 2009.Misi latihan bagi KD Tunku Abdul Rahman yang belayar meninggalkan limbungan Direction des Construction Navales Services (DCNS) Cherboug, Toulon menuju ke Malaysia.

Semua krew Kelas Perdana Menteri dilatih sepenuhnya oleh staf  sebuah firma swasta Perancis iaitu NAVFCO :sebahagian dari Groupe DCI (Defence Consell International) yang terdiri daripada bekas Tentera Laut Perancis.

Krew-krew peltih terbabit perlu menghabiskan 9,000 jam latihan (4 tahun) di bawah permukaan air bersama kapal selam FS Ouessant.

Latihan terbahagi kepada 3 fasa iaitu kuliah, simulasi (penyelaku) dan latihan kapal selam di laut di bawah pengurusan dan arahan Komander FS Ouessant; Captain Commander Benoit Lamire.

Projek baikpulih Ouessant bermula secara rasmi pada 30 Oktober 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2005 dan disewa oleh Malaysia untuk memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew Kelas Perdana Menteri mulai 21 November 2005 sehingga selesai pada Rabu 9 Julai 2009.
Kapal selam ini merupakan kapal selam penyerang(SSK) diesel-elektrik buatan Perancis dan diklasifikasikan sebagai kapal selam bukan berkuasa nuklear (Non Nuclear Submarine)
Persenjataan: SM 39 Exocet
4 x tiub pelancar torpedo 550 mm
Torpedo ECAN L5 Mod 3 dan ECAN F17 Mod 2


Logo TLDM

Ia menggunakan sistem pendorong MESMA AIP (Air Independent Propulsion) : dibina oleh firma Arsenal de Cherbourg dengan permulaan unit Agosta 70 iaitu FS Agosta,FS Beveziers, FS La Praya dan FS Ouessant: berkhidmat sebagai flatform bawah permukaan Tentera Laut Perancis pada tahun 1977 dan 1978.

Kesemua kapal telah dilucut tauliah secara berperingkat mulai tahun1977 hingga 2001 termasuk FS Ouesant (S 623).Versi termoden telah dibina oleh Tentera Laut Pakistan iaitu Agosta 90B.


Keratan akhbar tempatan berkaitan Agosta 70

Panjang: 67 meter
Beam 6.8 meter
Kelajuan 20.5 knot
Snorting : 10.5 knot
Permukaan: 12 knot

Jarak operasi: 10,000 batu nautika
Kedalaman menyelam: 300 meter

Di muzium ini dipamer juga dua buah jet pejuang .Antaranya ialah Mc Connel Douglas A -4 Skyhawk.A4 Skyhawk digelar sebagai Scooter pleh para juruterbangnya direka untuk memenuhi keperluan sebuah pesawat serangan ringan yang dilancarkan daripada kapal pengangkut pesawat (carrier borne light attack craft) bagi Tentera Laut Amerika Syarikat.

Jet pejuang :Northrop- Grumman F-SE /F Tiger II
TUDM memulakan menggunakan pesawat F SE Tiger II pada tahun 1975 apabila menerima 14 buah pesawat jenis ini bagi menggantikan pesawat Avon F 86 Saber Jet.

Set pakaian juruterbang jet pejuang

Tiket untuk memasuki muzium ini dewasa :RM 5.00 dan kanak-kanak RM3.00.



Sunday, 14 January 2018

AVATAR SECRET GARDEN,TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG

Avatar Secret Garden adalah taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar. Taman ini merupakan salah satu tempat berbukit di tepi laut yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna. Hal ini akan mewujudkan pemandangan yang sangat cantik dan indah berwarna warni.








Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secret Garden mempunyai daya tarikah sendiri. Jadi jika ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengembaraan seakan akan di dunia Avatar. Malahan tiada caj dikenakan untuk masuk ke taman ini. Jangan lepaskan peluang baik ini sementara tiket masuk masih lagi percuma.Bagaimana pun anda dikenakan caj parkir sebanyak RM5.00.





Monumen haiwan ini terdapat di bahagian pantai yang berpasir.Sambil menghirup udara segar pantai anda boleh beraksi bersama monumen monumen indah ini yang berskala besar.





Berhati hati menaiki tangga menghala ke bukit walaupun disediakan lampu kecil menghiasi tangga tersebut.

 Koleksi lampu berbentuk bunga tulip


Disediakan juga menara tinjau berwarna warni dapat menarik perhatian pengunjung dari jauh lagi.

Friday, 12 January 2018

GALERI SULTAN AZLAN SHAH

Galeri Sultan Azlan Shah, sebuah galeri yang indah dan menarik senibinanya dibangunkan setaraf galeri yang terdapat di luar negara. Ini dizahirkan semula dari cetusan pemikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atas perkenan untuk dijadikan pengetahuan umum akan laluan perjalanan hidup Baginda. Galeri ini telah dirasmikan pada 9 Disember 2003 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Galeri Sultan Azlan Shah dibina semula dari istana lama iaitu Istana Ulu. Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Istana ini pada asalnya ialah tempat persemayaman Sultan Perak yang ke-28, Sultan Idris Mursyidul ‘Adzam Shah yang memerintah dari tahun 1887-1916.
Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, Istana Ulu ini telah disemayami oleh Almarhum Sultan Abdul Jalil , putera Sultan Idris Mursyidul ‘Adzam Shah. Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Jalil pada tahun 1918, Istana ini telah disemayami pula oleh putera, Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah , Sultan Perak yang ke-32 
yang memerintah Negeri Perak dari tahun 1948-1963.
Menurut sejarah, pusat Kesultanan Perak bermula di Tanah Abang iaitu pada tahun 1594. Sultan Perak yang ke-2 iaitu Almarhum Sultan Mansur Shah I, telah memindahkan kota tersebut ke Kota Lama Kanan iaitu kira-kira dua batu mudik melalui Sungai Perak dari Kuala Kangsar. Kota Lama Kanan telah kekal menjadi pusat pentadbiran kerajaan Negeri Perak 
sehinggalah pemerintahan Sultan Perak yang ke-27.
Apabila Almarhum Sultan Idris ditabalkan menjadi Sultan, Baginda telah memindahkan kawasan pemerintahan dari Sayong ke Bukit Chandan. Baginda telah membina sebuah istana berhampiran dengan Batang Hari iaitu dikenali sebagai Istana Negara pada tahun 1895. Berlakulah kemajuan yang pesat di sebelah Bukit Chandan dimana kemudiannya Baginda telah membina dua buah istana serentak iaitu Istana Ulu dan Istana Hilir. Istana Ulu digunakan sebagai tempat persemayaman baginda
Istana Ulu mempunyai perkaitan yang rapat dengan permulaan pertukaran kawasan pemerintahan Kesultanan Perak dari daerah Sayong ke daerah Bukit Chandan. Istana Ulu juga dikenali sebagai Istana Cinta Berahi, Istana Cempaka Sari atau Istana Kota. Istana tersebut direkabentuk oleh Kapten Maurice Alexander Cameron, Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukur Negeri-negeri Selat pada masa itu. Bahagian bumbung nya pula menggunakan pengaruh Acheh dengan pengunaan bumbung yang berbentuk limas. Pengaruh dari senibina India pula terdapat di bahagian kubah di kedua-dua menara bangunan.
Ukiran-ukiran kayu kayu yang terdapat pada istana tersebut telah diukir oleh Raja Harun Al-Rashid yang merupakan seorang pengukir terkenal ketika itu. Beliau mengambil ilham berdasarkan tumbuhan alami yang terdapat di taman istana tersebut. Sementara ukiran batu yang telah dibuat oleh pengukir mengikut arahan dan perkenan Sultan Idris 1 di  mana Almarhum memastikan supaya tidak terdapat sebarang bentuk ukiran yang bertentangan dengan ajaran Islam 
seperti bentuk binatang atau patung-patung.
Penyusunan dan konsep ruang yang terdapat pada istana tersebut adalah berdasarkan pada ilham baginda di masa-masa yang lepas. Rekabentuk bangunan istana ini mempunyai ciri-ciri persamaan dengan bangunan Istana Negara, 
Mahkamah Tinggi Ipoh dan Stesyen Keretapi Ipoh.
Kebanyakan daripada bahan binaan untuk Istana Ulu ini dibawa dari luar negara. Atapnya dari Perancis dan jubin nya pula dari Itali dan tembaga kubahnya pula dari India. Walau bagaimanapun, banyak bahan tempatan yang digunakan seperti kerangka bumbung yang dibuat daripada kayu cengal dan ukiran daripada 
kayu meranti yang terbaik
Kapal-kapal dagangan yang melalui perairan Sungai Perak telah digunakan untuk membawa bahan-bahan binaan untuk pembinaan Istana Ulu ini. Sementara itu gajah telah digunakan bagi mengangkut bahan-bahan tempatan.
Istana Ulu ini dipagari dengan tembok kota yang dibina di sekeliling Istana tersebut sehingga namanya turut dikenali dengan nama Istana Kota. Pada bahagian atas tembok tersebut kerawang besi berukiran bunga kemboja telah dibina dengan cantik.
Kemegahan dan keagungan istana ini dilukiskan dengan seni pembinaannya yang halus dan indah dan terus kekal berdiri teguh walaupun telah seabad didirikan. Pembinaan semula bangunan ini telah menyempurnakan lagi talian warisan kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan.Harap maaf : tiada koleksi foto di dalam galeri kerana kami ditegah mengambil gambar.Teks ehsan Lembaga Muzium Perak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...