Tsunami 26 Disember 2004 merupakan yang tsunami yang terbesar di abad alaf ini dan mangsa yang terbesar berlaku di Aceh.Dengan 9.1 skala Ritcher ia telah mengorban 220 000 orang di Aceh sahaja.Sebagai memperingati peristiwa bersejarah Tsunami Aceh 2004 itu sebuah muzium telah didirikan menelan belanja 140 juta rupiah hasil ilham seorang arkitek :Muhammad Ridhwan Kamil pada tahun 2009.
Pameran di muzium ini meliputi simulasi lekronik gmpa bumi dan tsunami Laut Hindi 2004 serta gambar mangsa yang terkorban dan kisah yang yang disampaikan oleh mangsa yang terselamat.
NBO 105 adalah sebuah helikopter ringan serbaguna yang dibuat oleh IPTN dibawah lesen MBB(Eurocopter) milik polis Negara Republik Indonesia.Pada saat bencana Tunami helikopter ini berada di halaman POLDA Aceh turut musnah.
Ruang ini diilhamkan dari ruang rumah panggung Aceh.Ketika tsunami 2004
di Indonesia sahaja korbannya dikatakan berjumlah 220 000 orang.
Bendera-bendera dari seluruh dunia yang mewakili negara masing-masing dalam sesi bantuan bencana Tsunami 2004 digantung di sini
Senarai nama mangsa Tsunami Aceh 2004 terpampang di dinding Space of Sorrow.
Model kem bantuan tsunami Aceh 2004.
Al Quran turut rosak dan berlumuran lumpur
Kem rawatan
Foto pembangunan semula Aceh
Antara beberapa bentuk rumah bantuan mangsa Tsunami Aceh
Jika dikenang kembali peristiwa Tsunami Ach 2004. kita akan berasa insaf dan sedih ke atas bencana yang berlaku.Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dan tidak sanggup Atuk mempamerkan foto-foto mangsa tsunami tersebut yang sungguh ngeri bila melihatnya.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Ujian Allah untuk menginsafkan kita
ReplyDeleteBenar...sungguh menginsafkan kita.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
ReplyDelete