Isu makanan halal di Malaysia sememang rencam.Ada barangan yang telah disahkan halal oleh JAKIM pun masih boleh dipertikaikan. Inikan pula jika pengusaha produk itu sendiri non muslim.Ada antara produk makanan yang telah disahkan halal pula ditarik balik sijil halalnya.
Atas inisiatif inilah dua orang pemuda ini berganding bahu membuka pusat pengumpulan dan pemasaran produk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor yang ternyata memperdagangkan barangan halal terutama keluaran Bumiputera.Pengarah urusan di premis ini ialah saudara Nizar Rabawi.
Lokasi premis mereka terletak di Lot 980 Jalan Besar Parit Baru,
Kampung Parit Baru,45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan yang merupakan bangunan Jabatan Veterinar suatu masa dahulu kira-kira 28km dari pekan Sabak Bernam.
Pusat ini telah dibuka dengan rasminya pada 24 Ogos 2017 yang lalu
oleh YB Tuan Haji Zaidy bin Abdul Talib yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Pemodenan Pertanian dan Industri Tani Negeri Selangor.
Di premis ini dijual produk keperluan dapur harian berasaskan tani dan ternakan.Mudah-mudahan bertambah maju perniagaan di sini kerana premis berkonsepkan halal jarang terdapat di Sabak Bernam (selain Halal Mart yang terletak di Sungai Besar) walaupun terpaksa berdayasaing dengan peniaga bukan Bumiputera.
Antara produk yang dipasarkan adalah hasil pertenakan veterinar yang disejukbekukan seperti daging lembu,peparu, ayam dan sebagainya.Harganya pun berpatutan.
Terdapat juga produk yang siap sedia untuk dimasak seperti sate ayam,karipap,burger yang merupakan suatu kemudahan untuk suri rumah.
Alhamdulillah terdapat juga mi dan kuey teow halal hasil keluaran bumiputera.
Karipap sejuk beku memang kegemaran Atuk kerana mudah disediakan; hanya perlu menggoreng bila-bila masa diperlukan.
Tidak ketinggalan Atuk berbelanja jugalah di sini sehari selepas promosi pembukaannya.Jom kita sokong perniagaan di premis ini yang ternyata merupakan produk 100% halal.
Beberapa hari sebelumnya Atuk telah menerima iklan ini di whatsapps yang rakan hantarkan.Malangnya tidak dapat hadir di hari pembukaan kerana ada urusan lain.
No comments:
Post a Comment