Wednesday 23 January 2019

PROJEK DIY 3: GUNA SEMULA TONG RACUN

Kali ini Atuk akan membuat sesuatu dari tong racun rumput rampai terpakai. Tong-tong racun terbuang ini biasa terdapat di luar bandar terutama kawasan penanaman kelapa sawit atau sawah padi.Jika dibiarkan bersepah ia boleh mencemarkan alam sekitar dan memusnahkan hidupan .
Daripada terbiar, lebih baik diguna semula.Untuk dijadikan bekas air minuman atau minyak masak, memang tidak sesuailah kerana ia masih mempunyai kesan sisa sisa racun.Mungkin sesuai untuk dijadikan pasu-pasu atau bekas untuk menanam tanaman.
Potong bahagian atas mengikut jalur tong tersebut mengunakan gergaji biasa.Setelah dipotong, cuci bersih bekas tersebut dengan air sabun untuk menghilangkan kesan racun ke tahap maksima.
Besar juga bekas yang sudah siap ini.
Gunakan gerudi elektrik bermata besar untuk menghasilkan lubang-lubang di bahagian dasar bekas.Tak lain tujuannya untuk memudahkan pengaliran air keluar.

Sengaja Atuk pilih warna tong yang terang seperti hijau, kuning dan merah.
Atuk tidak memilih warna putih walaupun ada banyak terbiar.
Tiga biji lubang sudah memadai

Isikan tanah kompos campuran ke dalam bekas dan tanamlah tanaman yang anda suka.Bahagian atas tong yang dipotong tadi boleh dijadikan alas pasu.Tukar-tukarkan warnanya, nampak terserlah Selangorian nya.
Atuk mencuba tananam nanas yankee dan nanas sarawak sebagai percubaan.
Nampak pelik tapi jika tidak dicuba , manalah tahu hasilnya.

Tong racun jangan dibuang,
Guna semula jadikan pasu,
Menarik pilih warna yang terang,
Merah kuning Selangorku.

Thursday 17 January 2019

MAHA 2018: TULANG PAUS

Sungguh luas kawasan pameran MAHA 2018 ini.Rasanya perlu satu hari suntuk baru boleh habis lawatan ke semua bahagian.Antara pameran yang sempat Atuk jengah ialah pameran perikanan.Sungguhpun dalam perikanan, rangka paus dan lumba-lumba turut dipamer.Paus merupakan mamalia yang paling besar di dunia.Sungguhpun berbadan besar namun ia tidak memakan manusia.
Rangka ikan lumba-lumba

Rangka paus Sei ini dijumpai setelah ia terdampar di pantai Pulau Carey,Klang Selangor pada 15 mac 2005.Paus jenis ini boleh membesar hingga 18 meter panjang dan berat 30 tan. Makanannya adalah kokepod, udang baring,krill dan spesies haiwan kecil.

Rangka paus ini didatangkan khas dari Institut Penyelidikan Perikanan FRI Rantau Abang Trengganu

Cengkerang kima atau gebang (kerang gergasi) juga ada dipamer.Nama saintifiknya Tridacna gigas.
Usaha pemuliharaan kima telah dijalankan oleh Marine Ecology Research Center di Pulau Gaya ,Sabah sejak 2007.

Thursday 10 January 2019

MAHA 2018: LEMBU

Pada masa pertunjukan MAHA 2018 yang lalu Atuk amat tertarik dengan pameran lembu.Tidak sangka di Malaysia ada lembu yang sebesar ini.Paling membanggakan ianya diusahakan oleh penternak Bumiputera. Tahniah dan syabas
Lembu baka Holstein kacukan diternak oleh Encik Mohd Yazid bin Paiman dari Benut, Pontian Johor.Lembu ini berumur 4 tahun 6 bulan.Untuk dijual pada harga RM25,000.00 (Ringit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu Sahaja)
Lembu baka Brangus diternak oleh Encik Iqbal dari Sepang Selangor.

Lembu baka Limousin diternak oleh Encik Ruzi dari Banting ,Kuala Langat,Selangor.

Encik Ruzi sedang ditemu ramah
Lembu baka Charolais, Beligian Blue diternak oleh Encik Ruzi juga
Anak lembu baka Charolais, Belgian Blue

 Lembu baka Charolais, Belgian Blue juga ,kelihatan panjang dan diternak oleh Institut Biodiversiti Vaterina Kebangsaan (IBVK) Jerantut Pahang.

Lembu baka Mafriwal diternak oleh PTH Air Hitam Kluang, Johor.

Lembu baka Belgian Blue diternak oleh Encik Kamaruzzaman dari Kota Tinggi Johor.

Seekor lembu yang dijadikan icon pameran di sini.Anda boleh bergambar dengannya.Beratnya melebihi 800 kg.
Kerana terlalu berat ia kelihatan pasif dan duduk sahaja.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...