Tuesday 27 August 2019

DESA DAIRY FARM KUNDASANG, SABAH

Di keluasan 199 hektar terbentang luas padang rumput di lereng gunung Kundasang inilah Desa Dairy Farm berada.Lebih kurang 30 minit jika kita memandu dari Taman Negara Gunung Kinabalu atau 5 km dari pekan Kundasang.

 Pintu masuk ke Desa Dairy Farm

 Batu icon ladang ini seperti corak warna lembu tenusu New Zealand.
 Jalan yang agak curam juga untuk menyampaikan ke sana
Cuaca yang sejuk cukup mendamaikan lantaran tempat ini berada di ketinggian lebih kurang 2100 meter dari paras laut.Kelihatan kabus dan awan menyeliputi kawasan ini yang kelihatan ala-ala New Zealand.
Waktu melawat di sini adalah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Tiket masuk RM5.00 bagi dewasa dan RM4.00 bagai kanak-kanak 7 hingga 12 tahun.Kanak-kanak 6 tahun ke bawah percuma.
Pengunjung berpusu-pusu untuk membeli aiskrimnya yang sedap dan lazat.Ladang ini menghasilkan 250,000 gelen susu lembu dalam setahun.
Pelawat dibenarkan memberi anak-anak lembu menyusu dengan dikenakan sedikit bayaran.Peluang yang sangat mengesankan.


Lembu-lembu tenusu dewasa ini sedang berehat sementara menantikan waktu untuk pemerahan  susu pada jam 3.00 petang.

Sekumpulan kecil lembu dibebaskan untuk makan rumput di padang yang luas terbentang.Sengaja diternak di kawasan pergunungan kerana ingin menyamai cuaca tempat asal lembu ini iaitu di New Zealand.
Replika lembu dan anaknya.Bolehlah anda tumpang bergambar di sini.Suatu kelainan bila berada di sini seolah-olah kita berada di negara New Zealand.Sungguh menyeronokkan...terutama kanak-kanak.

Monday 26 August 2019

LANGIT PETANG DI PORT DICKSON

Keindahan alam ciptaan Tuhan, sungguh indah bila dapat dirakam begini.






Matahari terbenam di ufuk barat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...