Thursday 25 January 2018

MUZIUM KAPAL SELAM, MELAKA

Kapal Selam Agosta 70 FS Ouessant merupakan kapal selam latihan untuk krew-krew Kelas Perdana Menteri TLDM.Perolehan kapal selam milik bekas Tentera Laut Perancis ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia .Seterusnya ia diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Melaka di Klebang Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam ini dari pengkalannya di Brest,Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.

Fokus utama muzium ini adalah sejarah kapal selam dan perkembangannya.Turut dipamerkan ialah model kapal selam,diorama, lukisan, peta lama, model kapal dan artifak seperti pakaian pelatih dan sebagainya.

Ruang didalam kapal selam ini agak sempit dan pelawat hanya dibenarkan melalui laluan sehala sahaja.Ruang yang terbatas ini sesuai untuk 36 orang krew dan 5 pegawai sahaja.

 Ruang dapur

 Kabin tempat tidur bertingkat

Ruang pelancar Torpedo

 Ruang untuk berehat dan makan

Latihan "Project Ouessant Malaysia" melibatkan FS Ouessant dan 156 pelatih Kelas Perdana Menteri yang berakhir pada 11 Julai 2009.Misi latihan bagi KD Tunku Abdul Rahman yang belayar meninggalkan limbungan Direction des Construction Navales Services (DCNS) Cherboug, Toulon menuju ke Malaysia.

Semua krew Kelas Perdana Menteri dilatih sepenuhnya oleh staf  sebuah firma swasta Perancis iaitu NAVFCO :sebahagian dari Groupe DCI (Defence Consell International) yang terdiri daripada bekas Tentera Laut Perancis.

Krew-krew peltih terbabit perlu menghabiskan 9,000 jam latihan (4 tahun) di bawah permukaan air bersama kapal selam FS Ouessant.

Latihan terbahagi kepada 3 fasa iaitu kuliah, simulasi (penyelaku) dan latihan kapal selam di laut di bawah pengurusan dan arahan Komander FS Ouessant; Captain Commander Benoit Lamire.

Projek baikpulih Ouessant bermula secara rasmi pada 30 Oktober 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2005 dan disewa oleh Malaysia untuk memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew Kelas Perdana Menteri mulai 21 November 2005 sehingga selesai pada Rabu 9 Julai 2009.
Kapal selam ini merupakan kapal selam penyerang(SSK) diesel-elektrik buatan Perancis dan diklasifikasikan sebagai kapal selam bukan berkuasa nuklear (Non Nuclear Submarine)
Persenjataan: SM 39 Exocet
4 x tiub pelancar torpedo 550 mm
Torpedo ECAN L5 Mod 3 dan ECAN F17 Mod 2


Logo TLDM

Ia menggunakan sistem pendorong MESMA AIP (Air Independent Propulsion) : dibina oleh firma Arsenal de Cherbourg dengan permulaan unit Agosta 70 iaitu FS Agosta,FS Beveziers, FS La Praya dan FS Ouessant: berkhidmat sebagai flatform bawah permukaan Tentera Laut Perancis pada tahun 1977 dan 1978.

Kesemua kapal telah dilucut tauliah secara berperingkat mulai tahun1977 hingga 2001 termasuk FS Ouesant (S 623).Versi termoden telah dibina oleh Tentera Laut Pakistan iaitu Agosta 90B.


Keratan akhbar tempatan berkaitan Agosta 70

Panjang: 67 meter
Beam 6.8 meter
Kelajuan 20.5 knot
Snorting : 10.5 knot
Permukaan: 12 knot

Jarak operasi: 10,000 batu nautika
Kedalaman menyelam: 300 meter

Di muzium ini dipamer juga dua buah jet pejuang .Antaranya ialah Mc Connel Douglas A -4 Skyhawk.A4 Skyhawk digelar sebagai Scooter pleh para juruterbangnya direka untuk memenuhi keperluan sebuah pesawat serangan ringan yang dilancarkan daripada kapal pengangkut pesawat (carrier borne light attack craft) bagi Tentera Laut Amerika Syarikat.

Jet pejuang :Northrop- Grumman F-SE /F Tiger II
TUDM memulakan menggunakan pesawat F SE Tiger II pada tahun 1975 apabila menerima 14 buah pesawat jenis ini bagi menggantikan pesawat Avon F 86 Saber Jet.

Set pakaian juruterbang jet pejuang

Tiket untuk memasuki muzium ini dewasa :RM 5.00 dan kanak-kanak RM3.00.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...