Wednesday 13 May 2020

MASJID SERIBU SELAWAT

Masjid  Al Badr Seribu Selawat, Teluk Gadong, Pulau Pangkor adalah masjid terapung yang pertama di Negeri Perak darul Ridzuan.Masjid ini diilhamkan oleh mantan Menteri Besarnya Datuk Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir .Untuk pengetahuan bersama, sebuah lagi masjid terapung sedang dalam pembinaan di Bagan Datuk ,Perak (terletak di pinggir muara Sungai Perak)
Masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap sepenuhnya pada
12 Oktober 2016
Inilah salah satu mercu tanda baru di Negeri Perak dengan mengenengahkan kaligrafi seribu selawat dan hiasan beridentitikan Perak (bunga tekat) pada bahagian dinding masjid.
Kos pembinaan masjid menelan belanja sebanyak RM11.6 juta
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan masjid ini pada 8 Jun 2017 sambil bersantap berbuka puasa bersama rakyat tempatan.

 





Ruang mimbar
Masjid Seribu Selawat ini boleh memuatkan 1500 jemaah pada satu-satu masa dan memadai untuk keperluan penduduk Muslim di sini.
 Terserlah imej negeri Perak iaitu bunga tekat yang terdapat pada permaidani yang menghiasi lantai masjid ini.

 Bahagian dalam kubah juga terdapat hiasan yang menarik dan menyejukkan mata memandang.
 Dinding pemisah jemaah wanita juga bercorak seni Islam dan bunga tekat.

Sebuah projek restoran terapung berada bersebelahan masjid ini yang terbengkalai dua dekad lalu akibat kegawatan ekonomi.Jika dapat diteruskan sudah tentu menambah indah pemandangan di sini.
Pelantar di bahagian luar masjid sesuai untuk berehat sambil menikmati pemandangan laut.
Teluk Muroh dan Pengkalan TLDM Lumut kelihatan dari sini.

Masjid indah menganjur ke laut,
Tiada jauh dari Lumut,
Kebesaran Islam sekian dianut,
Selawat dan salam iman terpaut.






2 comments:

  1. Cantiknya. Sekarang boleh kata tiap negeri nak ada masjid terapung.

    ReplyDelete
  2. Memang cantik....berbaloi dengan kos pembinaannya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...