Saturday, 6 July 2019

AIR TERJUN CHAMANG, BENTONG PAHANG

Air Terjun Chamang tidak jauh dari pekan Bentong kira-kira 9 km sahaja.Anda boleh menaiki kereka melalui jalan yang bengkang-bengkong dan parkir berhampiran dengan kawasan air terjun.
 Air yang bersih dan jernih menarik perhatian pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri. Pertama kali Atuk sampai di sini bersama keluarga dan kami terpesona dengan keindahan alam semula jadinya.

 Pada waktu ini aliran airnya tidak begitu deras dan sesuai untuk mandi-manda.
 

  Ada tanah cangkat yang disediakan beriadah dan barbeque.Keindahan dan kebersihan kawasan rekreasi ini nampak terurus dan dikawal selia oleh Majlis Perbandaran Bentong.



 Aliran air terjun dilihat dari jambatan gantung Air Terjun Chamang
 

 Cucu Atuk memang suka bermain air
 Tempat yang cetek agak luas juga, sesuai untuk kanak-kanak bermain air
 Yang berwarna agak gelap menunjukkan paras air yang dalam, sesuai untuk dewasa sahaja
 Secara kebetulan ada pula pertunjukan ular hijau (ulau daun) oleh penduduk tempatan
 Cucu Atuk ..Raisya Hanna empat tahun, tidak takut ular lalu dipegangnya

Air Terjun Chamang cantik sekali,
Di hutan Bentong ia tersembunyi;
Pelancong tertarik datang ke sini,
Deruan air nyaman tak terperi.

4 comments:

  1. Menarik tempatnya.
    Belum pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...sesuai membawa anak-anak kecil berkelah.Bawalah bekal makanan...gerai yang ada tak banyak pilihan.

    ReplyDelete
  3. Boleh camping bermalam ke di situ?

    ReplyDelete
  4. Untuk camping dan bermalam...rasanya perlu hubungi Majlis Perbandaran Bentong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...