Sunday 14 May 2017

AIR TERJUN SUNGAI KEDONDONG, RAWANG

Hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk beristirahat.Ada yang memilih pantai sebagai tempat berehat dan ada juga yang memilih air terjun sebagai destinasi percutiannya. Air terjun Sungai Kedondong ini belum berapa terkenal bagi masyarakat luar Daerah Rawang Selangor.Bagaimana pun dalam diam sudah ramai pula orang dapat menghidunya terutama penduduk Lembah Klang kerana kedudukannya tidak jauh kira-kira 30 km dari Kuala Lumpur.

Jika lambat datang beginilah keadaannya.Sukar juga mencari kawasan parkir kerana ruang parkirnya terhad dan di beberapa tempat masih kelihatan semak.

 Aliran airnya yang agak deras tetapi jernih

 Dikelilingi hutan hujan tropika menambah indahnya alam ini dan mengekalkan udara yang segar dan nyaman.Sejuk mata memandang
Batu batannya diliputi lumut dengan suburnya menandakan iklim yang lembab
dan sejuk.
 Di sini juga sesuai untuk aktiviti barbeque

 Untuk keselamatan, sediakanlah pelampung untuk si kecil


 Mengikut pengalaman pengunjung, ada ketikanya berlaku juga fenomena kepala air iaitu aliran air yang deras dengan kapasiti air diluar jangkaan.Biasanya berlaku ketika hujan lebat di hulu sungai.
Indahnya alam ciptaan Ilahi

Sungai Kedondong belum ternama,
Di Daerah Rawang tersembunyi ia;
Tempat berehat dan mandi manda,
Silatulrahim bersama keluarga.

2 comments:

  1. Musim panas syok cari air terjun ni Atuk. Sebut kepala air tu rasa gerun pun ada. Terbayang dimata tengok video2 yang diviralkan...takut tengok air mengganas begitu.

    ReplyDelete
  2. Ya...mandi air terjun ni kena peka pendengaran...sebab sebelum ada kepala air ada satu bunyi deruan yang lebih kuat....Atuk mengalaminya di Templer Park...nasib baik perasan...semua disuruh naik dan
    kemas barang ke tempat lebih tinggi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...