Thursday 27 April 2017

TEH BOH CAMERON HIGHLAND

Penanaman teh yang terkenal di Malaysia ialah Tea Boh Plantation.Dua buah ladangnya di Cameron Highland terletak di Ringlet dan Sungai Palas.Teh Boh diasaskan oleh J A Russel.
J A Russel
J.A Rusell berusia 7 tahun ketika menjejakkan kaki ke Malaya pada tahun 1890 bersama-sama bapanya seorang pegawai percetakan bagi kerajaan British,ibu dan empat orang adik beradik lelaki.J.A bermula sebagai pembantu di Strait Trading Company dengan gaji sebanyak $30 sebulan.Namun dalam waktu yang singkat beliau telah menampakkan kecenderungan beliau dalam perniagaan.Menjelang 1927 beliau telah memiliki beberapa perniagaan yang mempunyai pelaburan dalam bijih timah, getah dan hartanah.

 Ladang Teh Boh di Sungai Palas Cameron Highlands


Kejayaan beliau juga termasuklah pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan pembangunan lombong arang batu di Batu Arang.Pada tahun 1929 beliau menyedari bahawa harga teh yang berkualiti tetap kekal sedangkan harga komoditi yang lain jatuh.Inilah yang mendorong beliau untuk membina perniagaan beliau yang paling lama bertahan.J A memperoleh sejalur tanah di ketinggian 5000 kaki dari aras laut dam membuka ladang teh yang pertama di negara ini.Beliau menamakannya BOH.

Mr.Boh merupakan satu ikon TV yang terkenal di tahun 1970an.Kehidupannya bermula dengan satu watak animasi TV dalam kempen iklan Boh dan dalam sekelip mata ia telah menjadi simbol keunikan syarikat yang membezakannya dari jenama teh yang lain.
Sumber teks: Pusat Penerangan Teh Boh Sungai Palas


Antara mesin terawal di kilang Boh Plantation yang sudah tidak digunakan lagi.


Peringkat Memproses Teh


Kilang memproses teh



Pelbagai jenis keluaran Teh Boh





Teh Boh sudah ternama,
Pelbagai perisa keluarannya,
Teh tarik pun enak juga,
Kini terkenal seluruh dunia.


4 comments:

  1. Mmm...saya pernah sekali ke ladang teh Sungai Palas. Aduh..tak tahan dengan jalan kecil dan bangkang bengkok tu...bila sampai atas baru rasa lega...

    ReplyDelete
  2. Tidak mengapa...pengalaman tidak boleh dibeli...syabas

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tau ini sumber dari mana?

    ReplyDelete
  4. Sumber didapati dari Pusat Penerangan Boh Plantation...walaubagaimana pun foto adalah asli milik blogger kecuali foto JA Russel

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...