Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Ia terdiri dari bangunan tiga tingkat yang dibina mengikut citarasa bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.Tukang-tukang yang membina bangunan ini didatangkan dari Madras India.
Istana Kellie yang tersergam indah namun tidak siap sepenuhnya
Mendiang William Kellie Smith
Di Tanah Melayu beliau telah bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker (beliau telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.Melalui usahasama antara Smith dan Alma Baker ini mereka telah mendapat keuntungan besar dan Smith mula menanam pokok getah dan menceburi industri perlombongan bijih timah. Lantaran itu beliau menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland bernama Agnes dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903.Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Helen dan Anthony. Dengan kelahiran anak lelakinya pada tahun 1915 beliau percaya keuntungan lebih besar akan dicapainya lalu memutuskan untuk membina rumah yang lebih besar bersebelahan rumah lamanya.
Pekerja-pekerja di rumah Kellie Smith
Gambaran ruang tamu di rumah Kellie Smith yang lama
Rangka bangunan tinggalan rumah lama Kellie Smith
Balkoni yang belum berplaster
Bangunan Kellie's Castle mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia .Ia juga bakal dilengkapi lif yang dikatakan yang pertama dibina di Tanah Melayu.
Bangunan Kellie's Castle mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia .Ia juga bakal dilengkapi lif yang dikatakan yang pertama dibina di Tanah Melayu.
Balkoni yang sudah berplaster
Bilik utama kelihatan lebih besar dari bilik lain
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon,Portugal pada 11 Disember 1926.Stuktur bangunan sebegini kekal dalam keadaan ' sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah,Gopeng Perak kerana keunikannya.
Bilik menyimpan fabrik
Rumah Kellie Smith lama dari pandangan atas.
Keadaan di bahagian bumbung bangunan
Jambatan dibina menghubungkan jalan besar ke Kellie's Castle.
Anda cuma dikenakan bayaran RM5.00 seorang untuk melawat Kellie's Castle ini.
No comments:
Post a Comment