Wednesday, 13 May 2020

MASJID SERIBU SELAWAT

Masjid  Al Badr Seribu Selawat, Teluk Gadong, Pulau Pangkor adalah masjid terapung yang pertama di Negeri Perak darul Ridzuan.Masjid ini diilhamkan oleh mantan Menteri Besarnya Datuk Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir .Untuk pengetahuan bersama, sebuah lagi masjid terapung sedang dalam pembinaan di Bagan Datuk ,Perak (terletak di pinggir muara Sungai Perak)
Masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap sepenuhnya pada
12 Oktober 2016
Inilah salah satu mercu tanda baru di Negeri Perak dengan mengenengahkan kaligrafi seribu selawat dan hiasan beridentitikan Perak (bunga tekat) pada bahagian dinding masjid.
Kos pembinaan masjid menelan belanja sebanyak RM11.6 juta
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan masjid ini pada 8 Jun 2017 sambil bersantap berbuka puasa bersama rakyat tempatan.

 





Ruang mimbar
Masjid Seribu Selawat ini boleh memuatkan 1500 jemaah pada satu-satu masa dan memadai untuk keperluan penduduk Muslim di sini.
 Terserlah imej negeri Perak iaitu bunga tekat yang terdapat pada permaidani yang menghiasi lantai masjid ini.

 Bahagian dalam kubah juga terdapat hiasan yang menarik dan menyejukkan mata memandang.
 Dinding pemisah jemaah wanita juga bercorak seni Islam dan bunga tekat.

Sebuah projek restoran terapung berada bersebelahan masjid ini yang terbengkalai dua dekad lalu akibat kegawatan ekonomi.Jika dapat diteruskan sudah tentu menambah indah pemandangan di sini.
Pelantar di bahagian luar masjid sesuai untuk berehat sambil menikmati pemandangan laut.
Teluk Muroh dan Pengkalan TLDM Lumut kelihatan dari sini.

Masjid indah menganjur ke laut,
Tiada jauh dari Lumut,
Kebesaran Islam sekian dianut,
Selawat dan salam iman terpaut.






Tuesday, 12 May 2020

JETI MARINA ISLAND, PANGKOR

Selain Jeti Lumut kita boleh mengggunakan laluan Jeti Marina Island untuk sampai ke Pulau Pangkor.Jeti ini dibina pagi memudahkan pengguna yang bersesak untuk menyeberang ke Pulau Pangkor dengan hanya perjalanan feri selama 10 minit.Bagaimanapun jadual perjalanan feri belayar sejam sekali menggunakan jeti ini .

Feri yang disediakan agak besar dengan muatan melebihi 200 penumpang.


Jeti  Marina Island sungguh cantik dengan dihiasi pelbagai replika termasuk replika gajah ini.
Bangku menunggu di ruang legar jeti yang diperbuat dari kayu balak terbuang.

Alat pengisar tembakau pun ada
 

Cantik replika rusa ni diperbuat dari kayu .

Tempat duduk menunggu berbentuk keretapi mini
Satu idea kreatif sebuah kafe di pinggir laut bersebelahan jeti.



Boleh santai di pinggir laut sampir mnghirup udara petang
atau posing bersama bunga sakura 
atau di samping mini Eifel Tower.
Senja di Marina Island

Marina Island buatan manusia,
Dikatakan pertama di Malaysia;
Banyak fasiliti ada di sana,
Jomlah berkunjung bersama keluarga.

ARCA-ARCA MARINA BAY GARDEN, SINGAPORE.

Salah satu cara untuk mencantikkan taman adalah dengan meletakkan arca-arca sama ada berbentuk ukiran haiwan, objek atau nature.
 Arca berbentuk seladang..lambang kegagahan

 Kerusi dari akar kayu



Tiang berukir naga

Arca angsa di tengah kolam

Arca batu penghias taman

Monday, 27 April 2020

MASJID SULTAN, ARAB STREET DAN SEKITARNYA

Pertama kali Atuk berkunjung ke Singapura adalah pada tahun 1981.Kini setelah hampir 40 tahun barulah dapat Atuk mengunjungi semula Singapura buat kali kedua.Bagaimana pun Atuk lebih berkenan untuk singgah ke Masjid Sultan yang namanya masih gah hingga sekarang.

Papan tanda ke Masjid Sultan ditulis dalam empat bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun.
Beginilah suasana di dalam dewan solat Masjid Sultan.

Masjid Sultan ini adalah masjid pertama di Republik Singapura yang terletak di Kampung Gelam.Hingga kini masjid ini menjadi tarikan pelancong berkunjung ke sini.Struktur awal masjid ini dibina oleh pedagang Jawa pada tahun 1826 yang merupakan pedagang awal ke Singapura.
Pada tahun 1924 ,Pengurus masjid ini bersetuju untuk menggantikan masjid yang lama kepada yang baru di tapak masjid yang lama.Senibinanya atas ilham arkitek Denis Santry dari Swan dan Maclaren dan siap dibina pada tahun 1928.
Mimbar masjid masih kelihatan cantik dan unik.
Ruang masjid yang luas mampu menampung 5000 jemaah pada satu-satu masa.
Lampu Chadeliar juga kelihatan antik

Arkitek Denis Santry mengadaptasikan bentuk Sarasenik atau gaya Gothic Mughal lengkap dengan menara menggantikan masjid lama yang berarkitekkan seni Jawa.
Masjid dilihat dari lain sisi.Suasana yang sungguh tenang.

Masjid ini mendapat pengiktirafan ISO 9001:2005. Sebelum ini masjid ini mendapat pengiktirafan dari pemerintah Singapura sebagai National Monument pada 14 Mac 1975.

Tidak jauh dari situ terdapat monumen berikut: yang bercirikan Islam di Muskat Street .


Jualan barang-barang dari Timur Tengah di Arab Street

 Bahagian belakang kedai di lorong ini dihiasi dengan lukisan mural.


Tidak jauh dari masjid ini terdapat bangunan lama dikekalkan sebagai warisan.

Masjid Sultan sudah ternama,
Di Kampung Gelam Singapura;
Tunaikan solat tegakkan agama,
Semoga beroleh ganjaran syurga.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...