Wednesday 25 October 2017

PINTU GERBANG SANTIAGO, KOTA A FAMOSA

Pintu Gerbang Santiago adalah salah satu dari empat pintu masuk ke Kota A Famosa.Tentera Portugis diketuai Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511 telah membina kota pertahanan ini pada tahun1512 yang sering diserang oleh pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah dan seterusnya oleh Acheh dan Johor selama lebih seabad lamanya.
Pemerintah Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kota selebar tiga meter mengelilingi Bukit Melaka dengan menggunakan sisa runtuhan istana,masjid dan makam-makam.Sebuah menara tinjau setinggi 40 meter didirikan di penjuru tembok barat kota pertahanan ini.


Pada tahun 1795 British telah merancang untuk memusnahkan kota ini kerana dikhuatiri akan diguna semula apabila Melaka diserah kepada Belanda.Pada tahun 1807 William Farquhar Residen British di Melaka telah mengarahkan untuk meletupkan kota ini dengan menggunakan ubat bedil.

Walaubagaimana pun Sir Stanford Raffles dan Lord Minto menghalang kota ini dimusnahkan.Namun sudah terlambat, hanya pintu gerbang Santiago dan beberapa buah rumah dan gereja disekelilingnya dapat diselamatkan.Mengikut fakta sejarah A Famosa adalah antara bangunan Eropah tertua di seluruh Asia.

Batu batan besar berwarna merah digunakan untuk membuat dinding kota

Lantai bahagian dalam pintu kota Santiago

Sukar dipercayai struktur batu merah ini masih kukuh walaupun sudah berusia beratus tahun.


Apabila Belanda mengambil alih peperintahan Portugis di Melaka pada 1641mereka telah membaiki dan menambah besar kota ini yang dibina oleh Portugis dan mengukir jata VOC (Verenigde Oostindische Compagnie) pada pintu gerbangnya beserta dengan inskripsi 'ANNO 1670' menandakan tahun ia siap dibina.

Di atas bukit bahagian belakang pintu Gerbang Santiago terdapat tinggalan gereja St. Paul yang berusia beratus tahun kesan penjajahan Portugis di Melaka. Walaubagai mana pun Atuk sebenarnya kurang berminat untuk mengkaji gereja tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...