Friday 14 October 2016

SUCCULENT DAN KAKTUS

Kini Atuk mempunyai hobi baru yang jarang dilakukan rakyat Malaysia tetapi telah lama wujud di dunia sebelah barat iaitu succulent and cactus garden. Atuk pada mulanya terlihat dalam laman Youtube mengenainya lantas tertarik dengan hobi tersebut.Succulent sebenarnya adalah tumbuhan berdaun tebal .Dengan gabungan keduanya maka Atuk mencuba untuk menanamnya di pasu dengan sedikit panduan Youtube yang diubahsuai mengikut iklim di sini.

Tiga jenis tumbuhan succulent digabung dalam satu pasu
Alhamdulillah Atuk dapat benih pokok ini dari Cameron Highland yang dijual 
sekitar RM3 hingga RM4 sepokok mengikut saiz.


 Di sini Atuk gabungkan kaktus dengan vresia



 Hiasilah ruang kosong dengan batu batu kecil 
dan kulit karangan laut


Succulent yang seakan aloe vera pun boleh digunakan.Masih banyak yang
perlu Atuk pelajari mengenainya namun tidak jadi masalah kerana
maklumat ada di hujung jari.

Succulent dan kaktus digabung bersama,
Di dalam pasu disusun rapi,
Batu kecil menghias suasana,
Hobi Atuk di masa kini.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...