Friday 6 December 2013

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA, RANTAU PANJANG

Idea pembinaan masjid ini adalah dari YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Menteri Besar Kelantan pada tahun 1997. Beliau memilih senibina seperti ini kerana pandangan beliau bahawa agama Islam adalah agama yang syumul dan dianuti oleh pelbagai bangsa .Masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas -Rantau Panjang iaitu 2 km dari Pekan Rantau Panjang.Elemen-elemen bercirikan seni bina China nampak ketara  pada reka bentuknya yang melengkung bermotif " Brake Cluster" di bahagian bawah bumbung.Ia juga dikenali sebagai Masjid Beijing dan boleh memuatkan 1000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Pintu gerbang yang indah dan menarik seakan-akan di negeri China


Selain dari itu tata atur bangunannya berasaskan kepada ' wall within a wall ' atau taman terbuka di kawasan bangunan.

Ruang ini boleh digunakan untuk solat jika keadaan memerlukan.

Pandangan dari pintu gerbang: Menara berbentuk serban yang disokong dengan lilitan murkanas pada bahagian bawahnya.

Tandas yang bersih

Kedudukannya yang terletak di pintu masuk Thailand - Malaysia  memanglah amat strategik bagi penganut Islam singgah beribadat selain digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri yang singgah setelah membeli belah di Kompleks Bebas Cukai di Rantau Panjang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...