Tuesday 20 August 2013

KELONGSONG KETUPAT

Budaya Melayu yang sinonim apabila menjelang hari perayaan terutama Hari Raya Idulfitri dan Iduladha ialah memasak ketupat untuk hidangan berhari raya.Untuk menghasilkan ketupat yang istimewa kelongsongnya juga perlu diambil kira.Pelbagai jenis kelongsong kreativiti masyarakat Melayu ini yang kebanyakannya menggunakan daun kelapa muda (disesetengah tempat menggunakan daun nipah atau rumbia)

 Ketupat Bawang : Kelihatan besar dan padat

 Ketupat Sinto: Perlu menggunakan daun kelapa muda yang panjang

 Ketupat Jantung : Bentuk yang unik dan cantik dilihat ketika digantung.

Ketupat Pari : Jarang sangat ditemui...hasil kreativiti awal 80 an. Atuk mempelajarinya dari Almarhum Haji Mohd Munawir bin Abdul Karim (Mantan Guru Besar SK Sapintas)

2 comments:

  1. salam ... atuk .. buat la tutorial untuk ketupat pari tu..

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha....ada juga yang minat...InsyaAllah Atuk buat dalam Youtube...tungguuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...