Tuesday, 19 February 2013

POKOK PELURU MERIAM

Pokok peluru meriam (cannonball) atau nama sintifiknya Couroupita guianensis dikatakan berasal dari benua Amerika Selatan.Ia juga boleh didapati di kawasan tropika lain seperti di India dan Thailand. Foto ini diambil di Taman Botani Pulau Pinang.Pokok ini dinamakan peluru meriam kerana buahnya seakan sebiji peluru meriam dan berkulit keras.

Tangkai bunganya yang berserabut

Bunganya mengeluarkan aroma yang tersendiri
Buahnya seakan akan peluru meriam

Pokok ini boleh tumbuh hingga mencecah 20 meter namun ia amat jarang dijumpai di Malaysia.Pokok peluru meriam ini dikaitkan ceritanya dengan tempat terakhir saat-saat kematian Gautama Buddha di India.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...