Wednesday 2 May 2012

LAGENDA LANGKAWI

Pulau lagenda Langkawi sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan dan dunia.Ia sering dikaitkan dengan keindahan alam semula jadinya yang menjadi sebutan para pelancong.Pada satu pendapat menyatakan Langkawi berasal dari nama Lang (helang) dan Kawi (Merah Hati).Dalam Buku Tun Mohamed Zahir dalam bukunya The Legend of Langkawi menyatakan Langkawi berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Langka (keindahan) dan Wi (tidak terkira).Apapun Langkawi sememangnya indah dan perlu dikekalkan identiti ini.

DATARAN LANG
Berdiri megah monumen berbentuk burung helang yang diperbuat dari marmar setinggi 18 meter.
Dataran Lang Waktu Malam

KERETA KABEL : GEO PARK
Terletak di  Jalan Telaga Tujuh,Teluk Burau beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.Ia juga merupakan kereta kabel yang tercuram di dunia dan stesen puncaknya terletak di Gunung Mat Cincang.Pengalaman yang menggerunkan ketika menaiki kereta kabel ini.






Di hujung minggu atau cuti persekolahan,ramai pengunjung mengunjungi Kereta Kabel Geo Park dan terpaksa berbaris panjang.










MAKAM MAHSURI
Dipercayai tempat Mahsuri binti Pandak Mayah dikebumikan.Terletak di Kompleks Kota Mahsuri di Mukim Ulu Melaka 12 km dari Kuah.Makam ini dibina semula dan dilengkapi dengan binaan rumah tradisional Kedah didirikan di tapak rumah Mahsuri.Di kompleks ini juga terdapat muzium dan teater tradisonal.
  Makam Mahsuri
 Burung Merak
 Rumah Melayu Tradisional





Lesung
Wan Aisyah Wan Nawawi: Genenasi Ke 7 Mahsuri
sekarang tinggal di Phuket,Thailand telah pun berkahwin dengan Alee Tongyon pada 22 April 2010.

JETI TELUK BARU DAN PULAU SEKITARNYA
 Jeti Teluk Baru
Bot pelancongan berlabuh di sini untuk membawa pelancong melawat pulau-pulau sekitarnya termasuk Pulau Dayang Bunting,Pulai Singa Besar,Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil serta Pulau Beras Basah.













PULAU DAYANG BUNTING
Pulau yang tiada berpenghuni.Kaya dengan batuan marmar.Air tasiknya yang tawar sesuai untuk mandi-manda tanpa bilasan.
 Pulau Dayang Bunting
 Pulau berbentuk wanita mengandung sedang berbaring terlentang.





 Jeti Pulau Dayang Bunting





 Terdapat banyak monyet di Pulau Dayang Bunting
 Menaiki anak tangga untu ke Tasik Dayang Bunting

 Menuruni tangga ke Tasik Dayang Bunting


 Tasik Dayang Bunting
 Air Yang Jernih
Kolam Dalam Sangkar Untuk Kanak-kanak

 Air Tasik Yang Tawar Rasanya


 Bot Solar

Kadar Sewaan Bot Solar dan Bot Kayuh

PULAU BERAS BASAH
Pulau yang sunyi dengan pasir yang halus dan memutih sesuai untuk mandi-manda dan aktiviti pantai seperti menyelam dan menunggang banana bot.



Antara Kemudahan Snokeling
 Bunga Lili Tumbuh Subur






UNDERWATER WORLD
Underwater World Langkawi merupakan akuaria hidupan laut yang terbesar di Asia Tenggara. Akuaria ini mula beroperasi pada 26 Ogos 1995.Ia berkonsepkan pengetahuan,pendidikan dan hiburan.Uniknya akuaria ini kerana memiliki terowong kaca sepanjang 15 meter dengan kapasiti 500,000 liter air.









Hebat dan menarik







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...