Monday 18 November 2019

KEMBARA ACEH: KAPAL PLTD APUNG 1

 Sudah lama Atuk berhajat untuk melawat Aceh namun tak kesampaian.Dengan kerjasama rakan-rakan sekolah, baru-baru ini Atuk dapat juga menjejak kaki di serambi Mekah ini.Lebih satu jam penerbangan dari KLIA 2 ke Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh.Antara tempat terawal yang Atuk lawati setelah tiba di sana ialah Kapal PLTD Apung 1.PLTD adalah bermaksud Pembangkit Listrik(elektrik) Tenaga Diesel.Pada 26 Disember 2004 kapal ini terdampar sejauh 2.4 km dari tempat asalnya di Pelabuhan Ulee Lheuh dibawa arus tsunami setinggi 9 meter.

 Mesin pembangkit elekrik ini mempunyai kekuatan 10.5 ribu megawatt ini dahulunya berada di dalam kapal namun telah dipindahkan pada tahun 2010.Ketika itu ia dibawah kelolaan Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Galian Indonesia.
 
 Kapal PLT Apung 1 ini beratnya 2600 tan kini berfungsi sebagai tempat pelancongan yang menunjukkan betapa kuatnya terjahan tsunami di Aceh.
 Panjang kapal ini sekitar 63 meter.Kapal ini diberikan kepada pemerintah Aceh ketika konflik antara pemerintah dengan GAM (Gerakan Aceh Merdeka).Antara tahun 2012 hingga 2013 kapal ini telah diubahsuai untuk kemudahan pelancong.


 Kini kita boleh menaiki kapal tersebut menggunakan tangga baru dan telah disediakan dua menara, satu monumen dan air pancut.

 Tidak jauh dari kapal ini kelihatan sebuah masjid yang besar dan indah sedang dalam pembinaan.
 Jika tidak kelelahan bolehlah meneruskan perjalanan hingga ke bahagian atas kapal.
 Serombong kapal masih utuh berdiri walaupun kelihatan sudah berkarat.
 Teropong jauh disediakan untuk meninjau alam sekitar.
Ketibaan rombongan Atuk di sini agak lewat yakni hampir waktu tutup lawatan.Oleh yang demikian tidak sempatlah kami masuk ke dalam dek kapal untuk melihat suasana di dalam.
Monumen dilihat dari atas kapal.Maaf..foto tidak berapa jelas kerana tergesa-gesa mengambilnya ketika hujan masih turun renyai-renyai.
 Bangunan bersebelahan kapal ini dirobohkan untuk dijadikan kawasan lapangan.

 Dari sebelas awak-awak dan warga kapal ini semasa tsunami Aceh hanya seorang yang terselamat.Sungguh memberi keinsafan kepada kami betapa besarnya kuasa Allah Subhana Wataala.


 Sauh kapal berukuran kira-kira 1.5 meter.Masih elok dan dibiarkan berkarat sedikit untuk menunjukkan keutuhannya.
 Bangunan bersebelahan dikekalkan untuk menggambarkan kesan tsunami di sini.

 Di  monumen ini tercatat senarai nama sebahagian mangsa tsunami,
 Senarai sebahagian nama mangsa tsunami


 Monumen dengan objek kapal dilambung ombak.Jika anda ke Aceh singgahlah di sini, setidak-tidaknya ia akan memberikan keinsafan kepada kita.Semoga roh-roh yang terkorban dicucuri rahmat dari Allah.Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...