Wednesday, 23 January 2019

PROJEK DIY 3: GUNA SEMULA TONG RACUN

Kali ini Atuk akan membuat sesuatu dari tong racun rumput rampai terpakai. Tong-tong racun terbuang ini biasa terdapat di luar bandar terutama kawasan penanaman kelapa sawit atau sawah padi.Jika dibiarkan bersepah ia boleh mencemarkan alam sekitar dan memusnahkan hidupan .
Daripada terbiar, lebih baik diguna semula.Untuk dijadikan bekas air minuman atau minyak masak, memang tidak sesuailah kerana ia masih mempunyai kesan sisa sisa racun.Mungkin sesuai untuk dijadikan pasu-pasu atau bekas untuk menanam tanaman.
Potong bahagian atas mengikut jalur tong tersebut mengunakan gergaji biasa.Setelah dipotong, cuci bersih bekas tersebut dengan air sabun untuk menghilangkan kesan racun ke tahap maksima.
Besar juga bekas yang sudah siap ini.
Gunakan gerudi elektrik bermata besar untuk menghasilkan lubang-lubang di bahagian dasar bekas.Tak lain tujuannya untuk memudahkan pengaliran air keluar.

Sengaja Atuk pilih warna tong yang terang seperti hijau, kuning dan merah.
Atuk tidak memilih warna putih walaupun ada banyak terbiar.
Tiga biji lubang sudah memadai

Isikan tanah kompos campuran ke dalam bekas dan tanamlah tanaman yang anda suka.Bahagian atas tong yang dipotong tadi boleh dijadikan alas pasu.Tukar-tukarkan warnanya, nampak terserlah Selangorian nya.
Atuk mencuba tananam nanas yankee dan nanas sarawak sebagai percubaan.
Nampak pelik tapi jika tidak dicuba , manalah tahu hasilnya.

Tong racun jangan dibuang,
Guna semula jadikan pasu,
Menarik pilih warna yang terang,
Merah kuning Selangorku.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...