Bila sudah sampai ke Kelantan rasanya tak sah jika tidak singgah ke Pengkalan Kubur walaupun kedudukannya lebih kurang 36 km dari Kota Bharu.Di sini terdapat kompleks perniagaan bebas cukai yang dibuka sejak awal pagi jam 8.00 pagi hingga jam 5.30 petang.Walaupun ianya tak sehebat Langkawi, tetapi bagi pelancong tempatan tempat ini cukup meriah dan patut dikunjungi.
Di celah celah kesibukan membeli belah tiba-tiba terpandang suatu sudut yang agak menarik iaitu lukisan mural yang melambangkan kebudayaan rakyat tempatan Kelantan.Mural ini hasil kerjatangan 11 pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.
Menariknya lukisan mural berskala besar ini dilukis pada dinding bangunan yang tidak menjejaskan perniagaan di kompleks ini.
Peruntukan sebanyak RM81,000 telah digunakan untuk projek melukis mural di sini dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat dengan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.
Deretan payung dipasang di lorong kompleks menambah ceria dan memberi teduhan bagi para pengunjung di sini.
Laman mural ini telah dirasmikan oleh Dato Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob ,Menteri Besar Kelantan pada 28 Ogos 2017.
Sengaja dilukis di bahagian tepi dan belakang bangunan bertujuan menarik minat pengunjung membeli belah di kedai-kedai yang agak tersorok tempatnya.
Mural yang menggambarkan pengukir sarung keris
Anak muda sibuk berswafoto di sini.Trend di masa kini.
Mural yang melambangkan pasukan dikir bakat
Kedua-dua mural ini pula terletak di lorong yang tersorok
Sungguh kata orang kalau nak berkarya tidak kira di mana, apa pun jadi.
No comments:
Post a Comment